Susulan timbulnya isu berus cat yang disyaki diperbuat daripada bulu babi, pihak kerajaan digesa melaksanakan penggunaan logo dan label yang bersesuaian pada setiap produk berkaitan haiwan yang dijual di pasaran.
Memetik laporan Bernama, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ianya bertujuan untuk memudahkan pengguna mengetahui maklumat mengenai sesuatu produk dengan lebih terperinci dan mengelakkan kekeliruan terhadap pengguna. “Ini bukan sahaja untuk kebaikan orang Islam tetapi juga untuk kaum lain kerana ada sesetengah bahan yang kita tak boleh makan bukan kerana halal atau haram." "Tetapi kerana alahan dan ada juga pengguna vegetarian, jadi setiap produk dan barang yang dijual kena ada logo dan mempunyai label.” Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas mengenai isu lambakan produk bulu babi yang dijual di pasaran.
Sekiranya logo atau label dipamerkan pada setiap barangan yang dijual, ianya akan lebih memudahkan pengguna, jelas Datuk Nadzim. Semalam, KPDNKK menyita sebanyak 2,003 berus cat diperbuat daripada bulu babi benilai RM10,988.94 hasil daripada 157 pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara.- CARI |
5
Bagus |
15
Marah |
13
Terkejut |
14
Sedih |
22
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok replied at 8-2-2017 08:02 AM
piliuh je yang mana
WhiskeyScotch replied at 8-2-2017 04:08 PM
Your post earlier than mine.
merrissa replied at 8-2-2017 10:17 PM
bab perangai macam babi lak nak wat camner?
atleast ter sentuh babi boleh samak....
ADVERTISEMENT