CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Boleh Dijadikan Idola, Semua Wanita Cantik Ini Tak Malu Jadi Drebar

3-2-2017 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14856| Komen: 46|Original author: Oleh: Myra Rozi

Bila lihat wanita cantik dan bertubuh menawan, pasti dalam fikiran terbayang yang mereka ini model atau sekurang-kurangnya bekerja di dalam pejabat.

Namun, streotaip tersebut berubah sama sekali apabila wanita-wanita zaman sekarang membuktikan yang mereka juga berkemampuan melakukan pekerjaan yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki.

Wajah yang rupawan jelas sekali menjadi kelebihan dan apa yang menarik, ramai di kalangan wanita jelita memilih untuk menjadi drebar! Tak percaya, lihat sahaja mereka ini.

Lisa Kelly
Foto: Starcasm.com
Wanita ini dikenali sebagai pemandu trak yang tercantik di dunia. Namanya mula menjadi perhatian selepas membintangi program realiti Ice Road Truckers dan Ice Road Truckers: Deadliest Roads. Dalam rancangan ini Lisa mempamerkan kebolehannya mengendali trak besar di kawasan yang sukar dan berbahaya. Sebelum menjadi pemandu trak, dia juga pernah bekerja sebagai pemandu bas.


Annie Lim
Foto: merdeka.com
Berasal dari Singapura, ibu dua anak yang berusia 42 tahun ini adalah seorang pemandu teksi di negaranya. Dia memilih pekerjaan ini semata-mata untuk membesarkan anak selepas ditinggalkan suami yang tidak bertanggungjawab. Walaupun menjadi suri rumah selama 20 tahun sebelum ini, namun wanita cekal ini membuktikan dia mampu berdikari sendiri.

Iwona Blecharczyk
Foto: moto.onet.pl
Baru berusia 26 tahun, gadis berasal dari Poland ini juga adalah seorang pemandu trak. Dia mengakui yang dirinya sangat mencintai kebebasan, dan selalu membuat perjalanan solo menggunakan trak kesayangannya.

Yelena Budai
Foto: www.milliyet.com.tr
Walaupun ramai yang menyatakan Yelena lebih layak mempunyai pekerjaan lain, namun dia tetap memilih menjadi drebar. Ianya pekerjaan turun menurun dari bapa dan abangnya yang melakukan pekerjaan yang sama. Semua kenderaan termasuk bas, dan trak menjadi 'mainannya' seharian.

Ikuta Kana
Foto: www.taringa.net
Pernah mencuba nasib sebagai model, namun malangnya pendapatan yang diperolehi tidak seberapa membuatkan gadis dari Jepun ini memilih untuk menjadi drebar teksi.Populariti naik mendadak selepas terlibat dalam Asuka Trafic Dream Project.

Tita Augustine
Foto: planet.merdeka.com
Indonesia mempunyai drebar cantiknya sendiri dan popular dipanggil drebar berhijab. Wajahnya yang manis membuatkan hati para penumpang bas tergila-gilakan dirinyi sehingga menjadi viral di laman media sosial.

Crina Misnescu
Foto: Foto: merdeka.com
Umurnya sudah mencecah 40 tahun, dan wanita ini termasuk dalam golongan pemandu senior. Berasal dari Gorj, dia adalah seorang pemandu lori. Kerjanya termasuk membawa barangan berbahaya seperti bom dan bahan peledak.

Wah, kagum dengan wanita yang tidak memilih pekerjaan seperti mereka di atas. Boleh dijadikan sumber inspirasi bagi wanita yang malu untuk melakukan kerja di luar kebiasaan. -CARI
28

Bagus
25

Marah
20

Terkejut
26

Sedih
14

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hatikudus 3-2-2017 05:27 PM
Wanita Mesia bukan malu, majikan takmo ambik kerja jadi drebar
Quote lipajepung 3-2-2017 05:48 PM
terbaikk...
Quote dubuk 3-2-2017 05:51 PM
Lisa Kelly cantiknya
Quote missinpiece 3-2-2017 05:56 PM
Malaysia sini wanita jadi drebar peribadi, transporter budak2, drebar bas adela. Drebar lori belum pernah kulihat lg
Quote Aizuzu 3-2-2017 05:57 PM
lipajepung replied at 3-2-2017 05:48 PM
terbaikk...

Go girl... Mmg terbaik
Quote cik-jaja 3-2-2017 06:07 PM
I tabik u girls
Quote chazey 3-2-2017 06:08 PM
Ade je adik Malaysia yang drive lori sampah tu. Sila masukkan dalam list jua.
Quote gigahertz 3-2-2017 06:14 PM
missinpiece replied at 3-2-2017 09:56 AM
Malaysia sini wanita jadi drebar peribadi, transporter budak2, drebar bas adela. Drebar lori belum p ...

drebar lori dah ada. laki bini drebar lori.
Quote samasam90 3-2-2017 06:17 PM
mesia ada je la. berpendidikan tinggi lagik. mana kaka belajar upm tu? rasanya pernah viral dulu.
Quote mrizumi 3-2-2017 07:51 PM
Lisa kelly tu mmg krus..prnh tgok dia bwk lori kat dlm rncgn 10most dangerous road ke apa..psl dia n 2 org lg truck driver..
Quote kimchipedas 3-2-2017 09:22 PM
Teringin betul nk bawa truck mcm kat obersi tu..
Quote spiderman80 3-2-2017 09:52 PM
samasam90 replied at 3-2-2017 06:17 PM
mesia ada je la. berpendidikan tinggi lagik. mana kaka belajar upm tu? rasanya pernah viral dulu.

Kan? Ingat lagi ada seorang gadis Melayu menjadi pemandu bas RapidKL.
Pernah keluar CI dulu.
Quote samasam90 3-2-2017 10:02 PM
spiderman80 replied at 3-2-2017 09:52 PM
Kan? Ingat lagi ada seorang gadis Melayu menjadi pemandu bas RapidKL.
Pernah keluar CI dulu.

akak tu la. lupa dah nama.
Quote Ninja210 3-2-2017 10:46 PM
Terbaik la..
Quote Ninja210 3-2-2017 10:47 PM
Lisa kelly 2 yg paling cntik..klu pompuan mlysia lelaki driver pn dia pndng sebelah mata gaknya
Quote merrissa 4-2-2017 04:05 AM
hatikudus replied at 3-2-2017 05:27 PM
Wanita Mesia bukan malu, majikan takmo ambik kerja jadi drebar

kang kene rogol susah......
Quote Qnqn 4-2-2017 06:36 AM
Lisa kelly dengan ikata kuna tu je yang lawa dalam list tu!
Quote sky8gurl 4-2-2017 01:21 PM
Ada yg tak cantik
Quote Aizuzu 4-2-2017 04:51 PM
CARI-MRO replied at 3-2-2017 05:16 PM
Bila lihat wanita cantik dan bertubuh menawan, pasti dalam fikiran terbayang yang mereka ini model a ...

Skrg pompuan Dah bleh tandingi lelaki

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.046109 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top