View: 11964|Reply: 46
|
Boleh Dijadikan Idola, Semua Wanita Cantik Ini Tak Malu Jadi Drebar
[Copy link]
|
|
Bila lihat wanita cantik dan bertubuh menawan, pasti dalam fikiran terbayang yang mereka ini model atau sekurang-kurangnya bekerja di dalam pejabat.
Namun, streotaip tersebut berubah sama sekali apabila wanita-wanita zaman sekarang membuktikan yang mereka juga berkemampuan melakukan pekerjaan yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki.
Wajah yang rupawan jelas sekali menjadi kelebihan dan apa yang menarik, ramai di kalangan wanita jelita memilih untuk menjadi drebar! Tak percaya, lihat sahaja mereka ini.
Lisa Kelly
Foto: Starcasm.com
Wanita ini dikenali sebagai pemandu trak yang tercantik di dunia. Namanya mula menjadi perhatian selepas membintangi program realiti Ice Road Truckers dan Ice Road Truckers: Deadliest Roads. Dalam rancangan ini Lisa mempamerkan kebolehannya mengendali trak besar di kawasan yang sukar dan berbahaya. Sebelum menjadi pemandu trak, dia juga pernah bekerja sebagai pemandu bas.
Annie Lim
Foto: merdeka.com
Berasal dari Singapura, ibu dua anak yang berusia 42 tahun ini adalah seorang pemandu teksi di negaranya. Dia memilih pekerjaan ini semata-mata untuk membesarkan anak selepas ditinggalkan suami yang tidak bertanggungjawab. Walaupun menjadi suri rumah selama 20 tahun sebelum ini, namun wanita cekal ini membuktikan dia mampu berdikari sendiri.
Iwona Blecharczyk
Foto: moto.onet.pl
Baru berusia 26 tahun, gadis berasal dari Poland ini juga adalah seorang pemandu trak. Dia mengakui yang dirinya sangat mencintai kebebasan, dan selalu membuat perjalanan solo menggunakan trak kesayangannya.
Yelena Budai
Foto: www.milliyet.com.tr
Walaupun ramai yang menyatakan Yelena lebih layak mempunyai pekerjaan lain, namun dia tetap memilih menjadi drebar. Ianya pekerjaan turun menurun dari bapa dan abangnya yang melakukan pekerjaan yang sama. Semua kenderaan termasuk bas, dan trak menjadi 'mainannya' seharian.
Ikuta Kana
Foto: www.taringa.net
Pernah mencuba nasib sebagai model, namun malangnya pendapatan yang diperolehi tidak seberapa membuatkan gadis dari Jepun ini memilih untuk menjadi drebar teksi.Populariti naik mendadak selepas terlibat dalam Asuka Trafic Dream Project.
Tita Augustine
Foto: planet.merdeka.com
Indonesia mempunyai drebar cantiknya sendiri dan popular dipanggil drebar berhijab. Wajahnya yang manis membuatkan hati para penumpang bas tergila-gilakan dirinyi sehingga menjadi viral di laman media sosial.
Crina Misnescu
Foto: Foto: merdeka.com
Umurnya sudah mencecah 40 tahun, dan wanita ini termasuk dalam golongan pemandu senior. Berasal dari Gorj, dia adalah seorang pemandu lori. Kerjanya termasuk membawa barangan berbahaya seperti bom dan bahan peledak.
Wah, kagum dengan wanita yang tidak memilih pekerjaan seperti mereka di atas. Boleh dijadikan sumber inspirasi bagi wanita yang malu untuk melakukan kerja di luar kebiasaan. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Mesia bukan malu, majikan takmo ambik kerja jadi drebar |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia sini wanita jadi drebar peribadi, transporter budak2, drebar bas adela. Drebar lori belum pernah kulihat lg |
|
|
|
|
|
|
|
lipajepung replied at 3-2-2017 05:48 PM
terbaikk...
Go girl... Mmg terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Ade je adik Malaysia yang drive lori sampah tu. Sila masukkan dalam list jua. |
|
|
|
|
|
|
|
missinpiece replied at 3-2-2017 09:56 AM
Malaysia sini wanita jadi drebar peribadi, transporter budak2, drebar bas adela. Drebar lori belum p ...
drebar lori dah ada. laki bini drebar lori. |
|
|
|
|
|
|
|
mesia ada je la. berpendidikan tinggi lagik. mana kaka belajar upm tu? rasanya pernah viral dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lisa kelly tu mmg krus..prnh tgok dia bwk lori kat dlm rncgn 10most dangerous road ke apa..psl dia n 2 org lg truck driver.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin betul nk bawa truck mcm kat obersi tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan? Ingat lagi ada seorang gadis Melayu menjadi pemandu bas RapidKL.
Pernah keluar CI dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 3-2-2017 09:52 PM
Kan? Ingat lagi ada seorang gadis Melayu menjadi pemandu bas RapidKL.
Pernah keluar CI dulu.
akak tu la. lupa dah nama. |
|
|
|
|
|
|
|
Lisa kelly 2 yg paling cntik..klu pompuan mlysia lelaki driver pn dia pndng sebelah mata gaknya |
|
|
|
|
|
|
|
kang kene rogol susah......
|
|
|
|
|
|
|
|
Lisa kelly dengan ikata kuna tu je yang lawa dalam list tu! |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-MRO replied at 3-2-2017 05:16 PM
Bila lihat wanita cantik dan bertubuh menawan, pasti dalam fikiran terbayang yang mereka ini model a ...
Skrg pompuan Dah bleh tandingi lelaki |
|
|
|
|
|
|
| |
|