Kewujudan pelbagai laman sosial dan aplikasi moden seperti Facebook, Twitter dan YouTube telah memudahkan bahan viral disebarkan dengan meluas dan pantas.
Bahan tular boleh menjadi medium yang memberi maklumat kepada orang ramai dan pada masa sama memudahkan pihak berkuasa melakukan siasatan yang sewajarnya. Baru-baru terdapat dakwaan bangkai ayam dijual kepada beberapa restoran di negeri Perak yang tular di media sosial. Sehubungan itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan kerajaan negeri akan meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menyiasat dakwaan berkenaan. Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar bangkai ayam yang dijual semula kepada restoran yang tersebar laman sosial sejak beberapa hari lalu namun tidak dinyatakan lokasi kejadian.
Tambah beliau siasatan rapi akan dijalankan terlebih dulu sebelum sebarang kenyataan boleh dibuat. "Sebelum apa-apa kenyataan dikeluarkan, kita perlu memastikan perkara itu berlaku terlebih dulu dan tindakan seterusnya akan diambil." Bagaimanapun, isu berkenaan tidak boleh dipandang mudah sekiranya ia benar berlaku kerana membabitkan makanan serta sensitiviti masyarakat, ujar beliau.- CARI |
13
Bagus |
18
Marah |
10
Terkejut |
29
Sedih |
13
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
brainbiru replied at 20-1-2017 07:54 AM
Sorry baru keluar gua... tular tu apa?
rosasa replied at 20-1-2017 08:12 AM
tular = viral
wunan88 replied at 20-1-2017 08:21 AM
siapa yg g cipta bahasa nie..hodoh sangat sebutannya dah macam bahasa org indon..ngong btol
rosasa replied at 20-1-2017 08:12 AM
tular = viral
brainbiru replied at 20-1-2017 07:54 AM
Sorry baru keluar gua... tular tu apa?
ADVERTISEMENT