CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Palsu, Henti Tular Kaedah Penyeluk Saku Digital Di Media Sosial- BNM

18-1-2017 06:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13936| Komen: 111

Description: foto pelanggan Maybank di cawangan KLCC beratur panjang untuk menukar kad debit baru seperti diwajibkan awal Disember 2016. KUALA LUMPUR, 17 Jan — Cip terbaru kad debit yang baru diperkenalkan a ...

Bank Negara Malaysia (BNM), hari ini menafikan laporan media berhubung kaedah penyeluk saku digital yang telah tersebar luas di media sosial sejak semalam.


Memetik laporan Utusan Malaysia, dalam satu kenyataannya hari ini, ia berkata, kad sentuh dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu suatu cip yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.

Manakala bagi urus niaga kad dalam talian, pemegang kad dikehendaki memasukkan TAC (transaksi kod kebenaran) yang dihantar ke telefon mudah alih mereka .

"Maklumat penting pada kad juga tidak boleh diperolehi secara seluk saku digital."

"Dengan ciri-ciri keselamatan ini, kad tidak boleh diklon atau digunakan untuk transaksi yang tidak dibenarkan oleh si penipu."

Semalam, media melaporkan kaedah penyeluk saku digital dengan hanya memuat turun aplikasi melalui sumber terbuka seperti di Playstore/Appstore.


Pencuri didakwa boleh mencuri data kad bank dengan mendekatkan telefon pintar dengan kad bank pada jarak semeter.

Ia juga boleh menggunakan alat pembaca gelombang radio yang boleh didapati di talian.

Dengan cara ini pula, pencuri boleh mencuri data kad bank dengan mendekatkan telefon pintar dengan kad bank pada jarak 5 meter.

Laporan itu mendakwa, alat pembaca gelombang radio ini dikatakan boleh menyimpan transaksi sekitar RM300 hingga RM1,500 tanpa memerlukan jaringan internet.

Dalam pada itu, BNM turut menasihatkan pemegang kad untuk melindungi kad pembayaran dan PIN mereka pada setiap masa.

Sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau PIN mereka telah terjejas atau mereka melihat apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka, pemegang kad berkenaan perlu memaklumkan bank dengan segera.- CARI

sumber foto: https://lh3.googleusercontent.com/





3

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
9

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 17-1-2017 06:48 PM
Namun pengguna masih boleh menyimpan data mereka apabila membalut kad ATM payWave dengan foil aluminium


pagi tadi dgr kat radio hotfm
ajak (dj hot skang ) kata,
dah alang2 balut dgn aluminum foil tu
letak atas api
buat bbq sekali

Quote munchkin 17-1-2017 06:50 PM
Ada kan depa ajar utk disable paywave tu.
Quote hambaallah1709 17-1-2017 06:53 PM
alamak, iols tak paham...
boleh sesiapa eksplain...
acaner nak waive kan tu?
Quote PongKang 17-1-2017 06:54 PM
nak scan kak sheeeemahhh lah
Quote alesandra 17-1-2017 07:09 PM
what's the point???kalo nak kena disable wave pulak..nak kena balut dgn foil bagai.menyusahkan betul
Quote Voyagers 17-1-2017 07:09 PM
dah jadi leceh plak kena beli wallet baru plak
takpun kena balut ngan aluminium foil

setiap kali nak cucuk dekat atm machine, kena bukak kad dalam foil
lepas tu balut semula
Quote Decaffeinated 17-1-2017 07:17 PM
Balik ke zaman batu je lah.....

Makin canggih makin seksa....
Quote batmana 17-1-2017 07:18 PM
benda ni simple sbnrnya,
kalu tak paham paywave, amik gunting,
potong card tu, pstu bakar aja

klu nk gune kad baru ni, sampul dgn coil atau beli wallet yg anti gelombang nfc bagai.

byk apps kt tenet bole read butiran kad korang ,

yg lagi teruk, apps2 tu sync ke email pereka apps, diorg dpt la butiran kad debit / kredit korang.
sapa suh download?

https://www.youtube.com/watch?v=56DeNhunVRs

[youtube]56DeNhunVRs[/youtube]

Quote batmana 17-1-2017 07:20 PM
Bagaimanapun presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (Aibim) mempertahankan teknologi kad debit baru ini yang mempunyai ciri keselamatan tinggi dan sukar diklon.
bukan isu klon
tapi isu no kad tu, butiran no 3 angka belakang.
semua leh dpt dgn apps

klu dh ada nox2 tu, leh je pencuri tu bli online

Quote Andyscenes 17-1-2017 10:44 PM
keraguan selama ni trhadap paywave ternyata betul, x ke nyusahkan aku gak kena g bank utk matikan paywave.
Quote cknoriz 17-1-2017 10:47 PM
jenuh laaaaa...
Quote bangcak 17-1-2017 11:01 PM
sapa org penting yg bawak masuk paywave nih kat malaysia?
mesti somebody penting sapai 'perlunya' paywave pada kad
debit bank2 utama negara dah jd mcm mandatori.
Quote Lagubestbest 17-1-2017 11:24 PM
bangcak replied at 17-1-2017 11:01 PM
sapa org penting yg bawak masuk paywave nih kat malaysia?
mesti somebody penting sapai 'perlunya'  ...

Paywave tu nama gempak je, nama teknologinya cuma RFID (gelombang radio jarak dekat) atau NFC (yang teknologi wireless charger tu), sama macam touch & go tu jugak. Masalah paywave ni sebab skrg smartphone pun rata2 ada teknologi RFID & NFC ni jugak. So, smartphone secara logik hardware-nya berkeupayaan untuk detect segala maklumat pada kad you'all jika kad you'll ada berdekatan. Tinggal lagi nak ada software/app (malware) untuk beri arahan pada smartphone untuk on-kan hardware berkaitan & imbas gelombang dari RFID atau NFC secara berkala (walaupun you all off smartphone). Selalunya hackers akan beri emel spam, app game free etc untuk you'll tak sedar sebenarnya dah terinstall malware. Bila dah dapat, malware akan send data kepada hackers tanpa you all tau. Dalam erti kata lain, semua smartphone dalam dunia sekarang boleh jadi alat bergerak curi maklumat kad bank semua orang, tanpa sesiapa pun tau. Solusi skrg, off RFID & NFC, dan pakai antivirus dalam smartphone masing2.
Quote sofiazara 17-1-2017 11:32 PM
camna nk off rfid dlm smartphone
Quote MeghanK 17-1-2017 11:35 PM
Andyscenes replied at 17-1-2017 10:44 PM
keraguan selama ni trhadap paywave ternyata betul, x ke nyusahkan aku gak kena g bank utk matikan pa ...

bukan ke boleh setting kat online banking je

iols pon sejak2 tukar kad ni, tak penah lagi guna untuk shopim..pakai cash je semua
Quote slyfynx 17-1-2017 11:40 PM
RFID (gelombang radio jarak dekat) atau NFC (yang teknologi wireless charger tu)


Just nk clarify, NFC adalah salah satu cabang RFID. NFC tu Near Field Communication, xde kaitan dengan wireless charging. No hard feelings

Quote bangcak 18-1-2017 12:32 AM
Lagubestbest replied at 17-1-2017 11:24 PM
Paywave tu nama gempak je, nama teknologinya cuma RFID (gelombang radio jarak dekat) atau NFC (yan ...

ye paham.
paywave tu nama company.
touch n go pon nama company.

teknologi yg diguna = RFID.

kalu takde 'org penting' yg jd dalang paksa bank2 utama negara terima
system dia, kompom takde sape nak.
bank2 lain rileks je tak guna paywave pon.
Quote kelana36 18-1-2017 01:12 AM
Edited by kelana36 at 17-1-2017 09:14 PM

dah macam electronic warfare pulak.  counter measure and counter counter measure.

RFID tu stand for Radio Frequency Identification kan...  so kena ada card reader yang send signal ke card yang ada pada kita untuk dapatkan identification. so cara paling senang tak bagi orang ident,  letak card yang ada RFID macam T n G card, Security gate card, hotel card tu sekali dalam wallet atau purse, nak lagi power, letak smart phone sekali... baru la confuser reader tu... banyak sangat RF yang kena interrogate.
Quote putehkundor 18-1-2017 01:33 AM
boleh disable paywave melalui online banking tak uols?

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.078409 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top