Polis meminta lelaki yang memanjat kren di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bougainvillea, Ipoh awal bulan ini supaya tampil bagi membantu siasatan.
Memetik laporan Bernama, timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Abdul Rani Alias berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan lelaki terbabit termasuk menghantar permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). “Polis telah menghantar surat kepada SKMM untuk membantu pihak berkuasa mengesan identiti lelaki terbabit menerusi akaun Facebook miliknya, namun belum mendapat maklum balas.” Jelas beliau, setakat ini dua kertas siasatan dibuka terhadap kes itu melibatkan Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. Selain itu, Abdul Rani menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki terbabit agar tampil bagi membantu siasatan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai tidak lagi terikut-ikut dengan tred seumpama itu sebelum berlaku sebarang tragedi.- CARI |
9
Bagus |
18
Marah |
14
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT