CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1043|Reply: 6

Sebelum Ditangkap, Lelaki Panjat Kren Dinasihat Tampil Bantu Siasatan- PDRM

[Copy link]
Post time 17-1-2017 04:29 PM | Show all posts |Read mode


Polis meminta lelaki yang memanjat kren di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bougainvillea, Ipoh awal bulan ini supaya tampil bagi membantu siasatan.


Memetik laporan Bernama, timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Abdul Rani Alias berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan lelaki terbabit termasuk menghantar permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


“Polis telah menghantar surat kepada SKMM untuk membantu pihak berkuasa mengesan identiti lelaki terbabit menerusi akaun Facebook miliknya, namun belum mendapat maklum balas.”


Jelas beliau, setakat ini dua kertas siasatan dibuka terhadap kes itu melibatkan Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.


Selain itu, Abdul Rani menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki terbabit agar tampil bagi membantu siasatan.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai tidak lagi terikut-ikut dengan tred seumpama itu sebelum berlaku sebarang tragedi.- CARI

sumber foto: https://lh3.googleusercontent.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 04:30 PM | Show all posts
bila pdrm nak nasihat jibby & co.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 04:30 PM | Show all posts
padan muka ang
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 04:44 PM | Show all posts
mohon di beri hukuman setimpal moga teda lagik yg mengikut aksi2 macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 04:47 PM | Show all posts
lps kes panjay IPOH hri tu, eh byk plk.

biasalah.. benda jd trend.nk tgu ade kes mati dlu baru nk kuarkan pekliling akan ade denda dan penjara jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 04:48 PM | Show all posts
gigih kejar orang panjat itu ini...yang dok sebat duit senyap jah menikus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2017 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipoh mali tatak takut woo
Smua pun muleh panjiat
Tp jangian panjiat ah moi loh
Itu tatak magut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.077277 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list