Bagi mereka yang berketurunan Jawa, sudah pasti biasa dengar malah mungkin Sambal Totok menjadi antara sambal kegemaran selain sambal kicap dan sambal belacan.
Menurut sejarah asalnya, sambal ini dipanggil sebegitu kerana 'totok' dalam bahasa Jawa membawa maksud tumbuk. Bagi menyediakannya, bahan-bahan perlu di'totok' menggunakan lesung batu. Resipi ini adalah antara yang termudah, jom tengok! Bahan-Bahan: Segenggam ikan bilis 5 biji cili merah (lada hidup), kerat pendek cuci dan toskan 10 biji cili padi siam (cili vietnam), warna merah, cuci dan toskan
5 biji bawang merah kecil atau 1 biji bawang besar Garam dan gula secukup rasa 2 biji limau kasturi Bahan tambahan, jika suka: 1 biji bawang putih - digoreng 1 inci belacan - dibakar hingga harum Jangan campurkan kedua-dua bahan tambahan kerana mahukan rasa asli sambal totok. Cara-cara: 1. Ikan bilis digoreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Goreng pulak bawang merah kecil atau bawang besar tadi hingga layu, angkat dan toskan. Kemudian goreng cili merah dan cili padi hingga layu, angkat dan toskan. 2. Tumbuk kesemuanya, termasuk masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Tapi kalau mahu ikan bilis yang terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali. 3. Perahkan limau kasturi, gaul rata. 4. Hidang bersama nasi panas dan lauk-lauk lain kegemaran anda. Bilis goreng boleh digantikan dengan pelbagai jenis ikan goreng. Wah, memang mudah, sesuai untuk mereka yang sibuk kerana ia boleh menjimatkan masa memasak anda. Selamat mencuba! Kredit Resepi: Tiffinbiru -CARI
|
17
Bagus |
18
Marah |
17
Terkejut |
32
Sedih |
20
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT