Kasihan kepada individu yang tidak berkemampuan dan pendek akalnya mencari jalan mudah bagi mendapatkan sumber kewangan. Malahan, kini mejadi lebih mudah bagi mendapatkan pinjaman daripada ah long apabila pinjaman boleh dimohon dengan hanya satu panggilan.
Menurut Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, terdapat peningkatan bilangan ah long sejak beberapa tahun kebelakangan ini. "Ia kini sampai ke satu tahap di mana peminjam tidak perlu lagi berjumpa dengan ah long atau menandatangani sebarang perjanjian. "Hanya buat panggilan kepada ah long, beri alamat dan nombor akaun bank untuk mereka periksa, dan mereka akan memasukkan wang ke dalam akaun bank," katanya kepada mStar Online.
Tahun lepas sahaja, sebanyak 636 kes diterima membabitkan RM58 juta hutang tak berbayar dan hampir 70 peratus peminjam tidak pernah bersemuka dengan pemberi pinjaman. Bukan itu sahaja, malahan ah long turut menasihatkan peminjam supaya meminjam wang daripada ah long lain bagi melunaskan hutang mereka terdahulu. Ah long juga bijak menggunakan peluang yang ada dengan mengiklankan perkhidmatan mereka secara dalam talian. Malah, Facebook juga digunakan untuk mengganggu peminjam yang masih berhutang dengan mereka. "Mereka memuat naik gambar-gambar dan menunggu maklum balas daripada peminjam. "Jika mereka masih tidak bayar, beberapa gambar membabitkan keluarga peminjam akan turut dimuat naik bagi memalukan mereka," katanya. Menurut Michael Chong, walaupun sedar akan bahaya dan kesannya, segelintir masyarakat masih memilih untuk meminjam wang daripada ah long. - CARI
|
11
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
9
Sedih |
20
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
yasinfi replied at 3-1-2017 06:30 AM
nak buat camna..bank susah nak bg..mintak 10 dia bg 5...mcm easy RHB bagi tp intrest punya tinggi 14 ...
Kasihan kepada individu yang tidak berkemampuan dan pendek akalnya mencari jalan mudah bagi mendapatkan sumber kewangan. Malahan, kini mejadi lebih mudah bagi mendapatkan pinjaman daripada ah long apabila pinjaman boleh dimohon dengan hanya satu panggilan.
gigahertz replied at 3-1-2017 04:24 PM
khabarnya kalau bank punya interest dah kata mahak itu adalah bukti anda tidak mampu utk bayar bal ...
ADVERTISEMENT