Walaupun ramai rakan seangkatannya sudah kembali popular kerana menyertai pertandingan realiti televisyen, namun Amy Mastura tidak mahu mengikut jejak langkah mereka. Menurut penyanyi cantik ini, dia berasa yang program seumpama itu penuh dengan tekanan dan menyatakan dia tidak sanggup berdepan dengan sebarang kritikan masyarakat di media sosial. "Buat masa ini saya tidak mahu memasuki pertandingan seperti itu sebab tidak mahu berada dalam tekanan. Kehidupan sekarang sudah cukup selesa, jadi tidak perlu mencari pasal lagi," katanya kepada Kosmo Online. Pemilik nama sebenar Amy Mastura Suhaimi, 45, lebih selesa menggunakan strategi mengeluarkan “single” setiap tahun agar namanya terus relevan dalam dunia hiburan.
Sudah 23 tahun dalam industri seni, Amy baru sahaja melancarkan lagu 'Kalimah'. “Single ini sudah dirakamkan dua tahun lalu bersama lagu Menari Ler. Begitupun, saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan satu persatu lagu berkenaan supaya peminat menyedari kehadiran saya dalam industri." Ibu dua anak ini juga masih aktif berlakon dan drama bersiri terbarunya, Jejak Karmila akan ditayangkan pada masa terdekat. Betul juga langkah yang diambil Amy Mastura ni, sekurang-kurangnya tidak wujudlah lagi 'drama air mata' akibat dikritik. Tak begitu? -CARI
|
21
Bagus |
29
Marah |
25
Terkejut |
21
Sedih |
38
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT