Akibat ingin menangkap seekor kerbau untuk dijual, seorang warga emas, Mat Usop Che Ya, 65 yang sudah menternak kerbau sejak 30 tahun mati ditanduk oleh kerbau betina yang dikatakan baharu melahirkan anak tiga bulan lalu.
Menurut isterinya, Fatimah Ibrahim kematian suaminya diketahui setelah menerima panggilan dari seorang penduduk kampung sebelum beliau dan seorang anaknya bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumahnya. Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Ibrahim Saad memaklumkan mayat mangsa mengalami pendarahan yang teruk di leher dan kepalanya ditemui di Kampung Pak Itam sekitar pukul 3 petang. "Mangsa dilapor mahu menangkap haiwan peliharaannya itu untuk dijual kepada seorang kenalannya." Tambah Fatimah, lebih 20 ekor kerbau diternak suaminya dan kerbau betina tersebut mahu dijual adalah kerana ianya antara yang paling sukar dikawal.
Difahamkan jenazah Allahyarham yang selepas kejadian dibawa ke Hospital Pair Mas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Senor pagi tadi.- CARI |
19
Bagus |
17
Marah |
12
Terkejut |
26
Sedih |
17
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT