Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan dakwaan kononnya kerajaan menyediakan insentif RM2,500 kepada warga emas, sekali gus menggesa ahli mengeluarkan wang itu daripada akaun KWSP sebelum 31 Disember ini adalah palsu.
Memetik laporan Bernama, KWSP dalam satu kenyataan menjelaskan, insentif yang didakwa khusus untuk warga emas berusia 55 tahun ke atas itu disebarkan melalui satu mesej audio WhatsApp. “KWSP ingin menyatakan bahawa maklumat ini adalah palsu dan insentif yang disebut di dalam mesej tersebut tidak wujud,” menurut KWSP dalam kenyataan kelmarin. Menurut KWSP lagi, pihaknya memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab itu yang dilihat sengaja mengelirukan orang ramai. Sehubungan itu ahli KWSP dinasihat tidak terpengaruh dengan maklumat palsu berkenaan dan tidak menyebarkan mesej itu. Ahli digalakkan supaya mengunjungi laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000 bagi mendapatkan maklumat sahih. - CARI
|
12
Bagus |
10
Marah |
9
Terkejut |
15
Sedih |
5
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT