Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri mendapat khabar gembira sebelum tirai 2016 ditutup apabila Malaysia Airlines Berhad (MAB) berbesar hati menaja dua penerjun negara itu sebagai kelengkapan bagi menghadapi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
MAB dalam satu kenyataan memaklumkan, penajaan selama empat tahun itu meliputi perjalanan pergi-balik menerusi Kelas Perniagaan dalam rangkaian Malaysia, selain tajaan kewangan untuk program latihan mereka dan penerbangan ke Olimpik Tokyo. Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAB, Peter Bellew berkata, Pandelela dan Dhabitah merupakan wira negara menerusi perjuangan mereka di Olimpik Rio tahun ini. “Mereka bekerja keras, fokus dan kesungguhan untuk menggapai impian. Saya fikir atlet-atlet ini merupakan contoh terbaik kepada kakitangan saya dalam meraih pencapaian dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan mereka." Sementara itu, pemenang pingat perak Olimpik Rio, Pandelela ketika dihubungi Bernama mengakui rasa bersyukur kerana terpilih mendapat tajaan daripada MAB.- CARI
|
31
Bagus |
21
Marah |
29
Terkejut |
21
Sedih |
24
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
supernaturalee replied at 21-12-2016 11:55 AM
atlet lain?
kambinggila replied at 21-12-2016 12:40 PM
kalau team bola tu kasi malindo air je dah cukup
kambinggila replied at 21-12-2016 12:40 PM
kalau team bola tu kasi malindo air je dah cukup
ADVERTISEMENT