Kunjungan ke Desa Hobbit atau Hobbiton Movie Set adalah sebuah pengalaman 'magis' persis dalam filem trilogi 'Lord of The Rings' dan 'Hobbit' arahan Peter Jackson.
Terletak di pedalaman Matamata, Waikato di New Zealand, pengunjung akan berasa seakan-akan dibawa ke sebuah dunia lain dengan pemandangannya yang sangat mempesonakan. Di sini kita boleh lihat deretan rumah Hobbit atau sering disebut sebagai 'Hobbit Holes' (lubang/liang Hobbit) yang terlindung di sebalik bukit menghijau nan indah. Pemandangan di sini memang sangat mengasyikkan dengan panorama berlatarbelakangkan bukit-bukit menghijau terbentang luas indah. Jika anda berkesempatan berkunjung ke sini, terdapat lima tempat menarik untuk anda lewati sambil berswafoto. 1. Jalan masuk Semasa memasuki Desa Hobbit ini, anda akan melalui sebuah lorong dengan lampu jalanan bergantung di hujung lorong. Sampai di hujung jalan, terdapat simpang tiga yang disediakan papan arah. Di sinilah adegan Bilbo Baggins keluar dari Desa Hobbit sambil berlari dengan ceria dan berteriak "I'm going on adventure" dalam filem Hobbit. 2. Bag End (rumah Hobbit) Inilah rumah Bilbo Baggins dan Frodo Baggins. Rumah berpintu hijau ini terletak di puncak bukit dan merupakan lubang Hobbit paling besar. Bagaimanapun, pengunjung tidak dibenarkan melewati pagar rumah itu. Tetapi anda boleh berswafoto di hadapan rumah itu. 3. Bagshot Row Di kawasan ini terletaknya rumah berpintu kuning yang merupakan rumah Samwise, sahabat Frodo. 4. Pohon Tua Pohon yang berusia satu abad itu menjadi lokasi perayaan ulang tahun Bilbo Baggins. 5. Pendiang Api Di sini, pengunjung boleh bersantai sambil makan dan minum seperti dalam filem. Terdapat dua pendiang api yang berfungsi dan menggunakan kayu api. Jangan lupa memuat naik foto anda di laman sosial untuk berkongsi pengalaman bersama rakan dan keluarga. - CARI |
22
Bagus |
6
Marah |
9
Terkejut |
3
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Iwanfals replied at 20-12-2016 05:36 PM
Dimana lokasi tempat itu?
Peterpan17 replied at 20-12-2016 05:45 PM
Matamata, New Zealand. 2 jam dari Auckland. Aku dah smp sini. Rumah Hobbit tu size org Asia. Klu m ...
mrizumi replied at 20-12-2016 05:57 PM
Ow..msti best kn..kalau kte masuk muat2 ok la kiranya..ada byrn masuk ke?
Peterpan17 replied at 20-12-2016 06:58 PM
Blh ikut guided tour pusing kawasan tu psl area besar betul. Kami drive dr Auckland smp ke Hobbito ...
mrizumi replied at 20-12-2016 10:01 PM
Ok..paham..kau prgi thn bila ni? Baru lg ke?
Peterpan17 replied at 20-12-2016 05:45 PM
Matamata, New Zealand. 2 jam dari Auckland. Aku dah smp sini. Rumah Hobbit tu size org Asia. Klu m ...
ciksom replied at 21-12-2016 08:43 PM
dalam rumah tu ada perabot macam dalam filem ke?
akusukaq replied at 21-12-2016 11:17 PM
aku pergi sendiri je.pandu mpv dr auckland masa perjalanan nak ke rotorua.
tak plk rasa teruja sgt ...
andaman replied at 22-12-2016 10:29 AM
aku pun dah sampai sini!! ambik tour dari mata-mata...driver bus nama Pip...kecik je orgnya...dah mc ...
queenhua replied at 22-12-2016 10:17 AM
Iols masa tu travel sorang.. so naik bas dari Auckland sampai ke Matamata, then beli tiket Hobbiton ...
snoyun replied at 19-1-2017 05:44 PM
Naik bas atau sewa kereta lebih berbaloi jika pergi 7 orang?
ADVERTISEMENT