Kunjungan ke Desa Hobbit atau Hobbiton Movie Set adalah sebuah pengalaman 'magis' persis dalam filem trilogi 'Lord of The Rings' dan 'Hobbit' arahan Peter Jackson.
Terletak di pedalaman Matamata, Waikato di New Zealand, pengunjung akan berasa seakan-akan dibawa ke sebuah dunia lain dengan pemandangannya yang sangat mempesonakan.
Di sini kita boleh lihat deretan rumah Hobbit atau sering disebut sebagai 'Hobbit Holes' (lubang/liang Hobbit) yang terlindung di sebalik bukit menghijau nan indah.
Pemandangan di sini memang sangat mengasyikkan dengan panorama berlatarbelakangkan bukit-bukit menghijau terbentang luas indah. Jika anda berkesempatan berkunjung ke sini, terdapat lima tempat menarik untuk anda lewati sambil berswafoto.
1. Jalan masuk
Sumber foto: PizzaLordOfGallifrey / imgur.com
Semasa memasuki Desa Hobbit ini, anda akan melalui sebuah lorong dengan lampu jalanan bergantung di hujung lorong. Sampai di hujung jalan, terdapat simpang tiga yang disediakan papan arah.
Sumber foto: imdb
Di sinilah adegan Bilbo Baggins keluar dari Desa Hobbit sambil berlari dengan ceria dan berteriak "I'm going on adventure" dalam filem Hobbit.
2. Bag End (rumah Hobbit)
Sumber foto: http://twistedsifter.com
Inilah rumah Bilbo Baggins dan Frodo Baggins. Rumah berpintu hijau ini terletak di puncak bukit dan merupakan lubang Hobbit paling besar. Bagaimanapun, pengunjung tidak dibenarkan melewati pagar rumah itu. Tetapi anda boleh berswafoto di hadapan rumah itu.
3. Bagshot Row
Sumber foto: http://twistedsifter.com
Di kawasan ini terletaknya rumah berpintu kuning yang merupakan rumah Samwise, sahabat Frodo.
4. Pohon Tua
Sumber foto: Kompas.com
Pohon yang berusia satu abad itu menjadi lokasi perayaan ulang tahun Bilbo Baggins.
5. Pendiang Api
Sumber foto: Kompas.com
Di sini, pengunjung boleh bersantai sambil makan dan minum seperti dalam filem. Terdapat dua pendiang api yang berfungsi dan menggunakan kayu api.
Jangan lupa memuat naik foto anda di laman sosial untuk berkongsi pengalaman bersama rakan dan keluarga. - CARI |