Sebuah bot dilaporkan karam di Tasik Taman Negara Loagan Bunut, Miri, kira-kira jam 11 malam semalam (Ahad). Lima termasuk pemandu bot terselamat, manakala dua pelajar warga Nigeria sebuah universiti swasta di Miri dikhuatiri hilang.
Menurut mStar Online, dua pelajar berkenaan dikenali sebagai Amatie Mohamad dan Enine Danial. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak menjelaskan, bot gentian kaca berukuran 20 kaki yang membawa enam penuntut Curtin University, Miri, dan seorang pemandu bot dipercayai karam semasa aktiviti meninjau kehidupan liar di kawasan tasik tersebut. “Kejadian disedari seorang pemandu bot tempatan yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan sebelum melaporkannya kepada pengurus taman, Anthony Chong,” katanya.
Pengurus taman kemudiannya mengarahkan sepasukan penyelamat seramai lima orang ke lokasi kejadian. Manakala menurut Bernama, Ketua Operasi Penyelamat Taman Negara Loagan Bunut, Kamal Abdullah melaporkan kedua-dua pelajar yang hilang berkenaan masih belum ditemui walaupun pasukannya sudah berada di lokasi sejak jam 9 pagi tadi. “Operasi dan menyelamat akan diteruskan dengan bantuan bomba dan polis,” katanya. - CARI |
10
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
11
Sedih |
8
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MAL replied at 12-12-2016 11:28 AM
Sebuah bot dilaporkan karam di Tasik Taman Negara Loagan Bunut, Miri, kira-kira jam 11 malam semalam ...
oppol replied at 12-12-2016 12:38 PM
Baru tahu ada bot gentian kaca...
Nenasketum replied at 12-12-2016 03:38 AM
Nigerians, pelajar universiti swasta..... hurm...
shernazz replied at 12-12-2016 12:47 PM
memang kebanyakan bot guna fibre glass ni sis...
oppol replied at 12-12-2016 12:55 PM
Oo,,yang fibre tu kaca ya,,,
Ingatkan plastik,,,,,..
ADVERTISEMENT