Akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu pun tiba. Pelawak, pelakon dan pengacara, Harith Iskander kini ialah manusia paling kelakar di dunia apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Funniest Person In The World yang berlangsung di Levi, Finland, hari ini.
Menurut Berita Harian, Harith berjaya meraih sebanyak 3.8 juta undian menerusi persembahan terakhirnya, sekali gus melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM440,000 selain berpeluang mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat (AS). Keputusan pemenang peringkat akhir pertandingan itu ditentukan sepenuhnya menerusi undian peminat di atas talian yang dibuka selama 24 jam selepas persembahan terakhir peserta pada 8 Disember lalu. Undian tersebut ditutup pada jam 3 petang tadi.
Berita kejayaan selebriti tanah air itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi penganjur pertandingan berkenaan iaitu Laugh Factory yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya. "Congratulations @HarithIskander- #LaughFactory's Funniest Person in the World for 2016," tulisnya. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Harith Iskander kerana berjaya meraih posisi juara sekali gus mengharumkan nama negara di pentas lawak dunia. - CARI |
32
![]() Bagus |
26
![]() Marah |
21
![]() Terkejut |
20
![]() Sedih |
14
![]() Lawak |
23
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT