Remaja berusia 14 tahun mendakwa dirinya dirogol enam lelaki tidak dikenali dalam dua kejadian berasingan di Kuala Nerus, sejak September lalu.
Menurut Harian Metro, kejadian bermula apabila mangsa bersama seorang rakan perempuan berada di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Nerus, jam 1 pagi awal September lalu. “Mangsa bersetuju mengikut ajakan dua lelaki tidak dikenali untuk bersembang di sebuah rumah di kawasan Seberang Takir, selepas rakannya meninggalkannya keseorangan di situ kerana keluar bersama rakan lain. “Sebaik tiba di rumah dimaksudkan, seorang lagi lelaki tidak dikenali datang sebelum ketiga-tiga mereka merogol mangsa bergilir-gilir. Kemudian, seorang suspek menghantar mangsa pulang ke rumah pada jam 4 pagi,” katanya kepada Harian Metro.
Malang sekali, kejadian sama berulang apabila mangsa mendakwa tiga lelaki lain merogolnya pada 10 September lalu di sebuah rumah rehat di Kuala Nerus. Kejadian berlaku selepas mangsa bersetuju mengikut seorang suspek untuk menemaninya dan seorang rakan penyewa di rumah rehat itu. “Sebaik tiba, mangsa menyedari rakan dimaksudkan suspek tiada di rumah itu sebelum mangsa sekali lagi dirogol. Tidak lama kemudian, dua lagi lelaki datang dan turut merogol mangsa. “Mangsa menghubungi rakan abangnya meminta bantuan sebelum dihantar pulang ke rumah. Awalnya, mangsa mahu merahsiakan kejadian tetapi membuat laporan polis apabila dua daripada enam suspek mengajaknya berjumpa jam 9 malam, 2 Disember lalu,” katanya. Dua suspek berusia 15 dan 20 tahun berkenaan direman hingga 14 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan. - CARI |
33
Bagus |
16
Marah |
18
Terkejut |
18
Sedih |
42
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT