Bagi membolehkan polis menjalankan kerja-kerja forensik balistik di lokasi kejadian tembakan yang berlaku pada Khamis lalu sehingga mengorbankan tiga individu, laluan Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu akan ditutup.
Ia ditutup kepada semua pengguna bermula pukul 10.30 pagi hingga 5 petang 7 Disember ini. Makluman tersebut dinyatakan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin. Menurut kenyataan itu juga, orang ramai disarankan menggunakan perkhidmatan feri atau jambatan kedua atau Jalan Sultan Azlan Shah dan lebuh raya Sungai Nibong untuk menghala ke Jambatan Pulau Pinang atau ke Seberang Perai sebagai laluan alternatif. Ini kerana penutupan jalan melibatkan laluan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke Jambatan Pulau Pinang mulai persimpangan Jalan Ahmad Nor ke susur masuk jambatan. Selain itu, pengguna juga dinasihatkan menggunakan laluan alternatif ke jambatan dari Jalan Ahmad Nor, Jalan Jelutong dan Jalan Sultan Azlan Shah manakala ke Bayan Lepas terus melalui Jalan Sultan Azlan Shah.- CARI
|
cmf_conan replied at 6-12-2016 12:38 PM
sementara itu dok bagi orang lalu lalang, eviden kot ada pon ntah dah tercemar, hilang ke mana..
pa ...
aks_berhad replied at 6-12-2016 01:08 PM
forensik balistik ni hanya nk buat ujian menembak je kot. then lihat impak cemana dan dari result ...
aks_berhad replied at 6-12-2016 01:08 PM
forensik balistik ni hanya nk buat ujian menembak je kot. then lihat impak cemana dan dari result ...
cmf_blingblings replied at 6-12-2016 01:44 PM
penembak tu ada masalah mental? takkan datuk tak perasan bodyguard mental? sgt misteri nusantara
oppol replied at 6-12-2016 02:03 PM
Ada masalah mental tu lagi senang,boleh suruh dia bunuh orang.boss boleh terlepas kalau dia buat k ...
Nt-ViruS replied at 6-12-2016 05:29 PM
aku pelik nape bodyguard duk belakang?
Nt-ViruS replied at 6-12-2016 05:29 PM
aku pelik nape bodyguard duk belakang?
Nt-ViruS replied at 6-12-2016 05:29 PM
aku pelik nape bodyguard duk belakang?
cknoriz replied at 7-12-2016 02:16 PM
bodyguard tu mmg plan baik punya siap mabukkan driver taiko supaya senang buat keje haha...tp dlm ma ...
cknoriz replied at 7-12-2016 02:16 PM
bodyguard tu mmg plan baik punya siap mabukkan driver taiko supaya senang buat keje haha...tp dlm ma ...
manehnya replied at 7-12-2016 02:28 PM
selain dari mental,
apa lg kemungkinan motif dia?
cknoriz replied at 7-12-2016 08:17 PM
adik dia dh setahun keje team bodyguard datuk baukshitt tu...dh cun semua info selok belok dh dapa ...
ADVERTISEMENT