Pernahkah anda terfikir bahawa aspirin mempunyai pelbagai fungsi lain selain daripada melegakan kesakitan dan mengurangkan suhu badan?
Jika tidak, anda pasti terkejut dengan pelbagai kegunaan aspirin yang tidak semua orang tahu. Menurut portal Bright Side, terdapat 9 perkara hebat yang aspirin boleh lakukan untuk anda. 1. Membantu mengurangkan jerawat. Aspirin membantu mengurangkan jerawat kerana mengandungi bahan-bahan anti-radang. Hancurkan dua atau tiga tablet aspirin dan campurkannya dengan jus lemon. Sapukan campuran pada jerawat dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas. 2. Melegakan gigitan serangga Aspirin juga boleh membantu mengurangkan bengkak dan melegakan gatal-gatal disebabkan gigitan nyamuk. Basahkan sebiji tablet aspirin ke dalam satu sudu air dan oleskannya ke kawasan yang terjejas untuk beberapa minit. 3. Kecantikan kulit wajah Aspirin mengandungi bahan larut lemak yang terkandung di dalam krim pencerah wajah dan pembersih muka. Campurkan tujuh tablet aspirin dengan tiga sudu besar yogurt dan satu sudu madu. Sapukan pada wajah yang sudah dibersihkan terlebih dahulu dan biarkan selama 15 minit. Rawatan muka ini akan menjadikan kulit anda berseri dan licin selain mencegah liang roma daripada tersumbat. 4. Menghapuskan kelemumur Untuk menghilangkan kelemumur yang menyebabkan kegatalan pada kulit kepala, basuh rambut anda dengan mencampurkan dua tablet aspirin yang sudah dihancurkan ke dalam shampu anda. 5. Merawat kulit berminyak Selain mengurangkan kulit berminyak, aspirin juga boleh digunakan untuk mengurangkan saiz liang pori. Campurkan sebiji kapsul aspirin dengan air dan dibiarkan beberapa minit. Jika kulit anda sensitif, oleskan pada wajah dengan berhati-hati untuk mengelak radang kulit. 6. Melembutkan tapak kaki Ambil tujuh biji kapsul aspirin dan keluarkan serbuknya. Kemudian, tambah setengah sudu besar jus lemon sehingga menjadi pes. Sapukan campuran pada tapak kaki dan lindungi kaki dengan tuala hangat. Biarkan selama 10 minit dan kupas bahagian keras tadi menggunakan batu apung. 7. Merawat rambut rosak Untuk rambut sihat dan bersinar, larutkan sebiji kapsul aspirin ke dalam segelas air suam dan sapukannya pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas. 8. Menghilangkan kesan ketibas pada baju Sapukan larutan aspirin ke kawasan terjejas dan biarkan semalaman. Basuh baju tersebut seperti biasa dan nikmatilah hasilnya! 9. Tambah jangka hayat bunga Masukkan sebiji tablet aspirin ke dalam air. Tip ini amat berguna untuk bunga ros kekal segar dalam tempoh lebih lama. Walau bagaimanapun, anda harus dapatkan khidmat nasihat daripada pakar sebelum mencuba tip di atas. Manalah tahu mungkin kulit anda terlebih sensitif daripada orang lain. - CARI
|
18
Bagus |
15
Marah |
18
Terkejut |
24
Sedih |
19
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sharlenetexas replied at 5-12-2016 10:33 PM
Apa nama lain bg aspirin? cuma ingat ada jenama Cortal kt tv dulu, berpuluh2 tahun lepas. Formula du ...
ADVERTISEMENT