|
Sebuah sekolah di Simunjan digemparkan dengan kehadiran seekor buaya sepanjang 2.4 meter yang sesat memasuki kawasan itu. Kehadiran reptilia itu disedari pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lingkau itu kira-kira pukul 9.45 malam.
Memetik laporan Utusan Online, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, sebaik menyedari buaya itu, pengawal tersebut terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan menangkapnya. Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 9.47 malam. Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menangkap buaya berkenaan pada pukul 10.59 malam. -CARI |
|
15
![]() Bagus |
15
![]() Marah |
11
![]() Terkejut |
22
![]() Sedih |
8
![]() Lawak |
16
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
siskepoh replied at 17-11-2016 06:35 PM
panjang ke 2.4 meter tu?

mmg terkucil kat situ juga rasanya 
ADVERTISEMENT