"Sebanyak 16 kes pencemaran sungai berlaku di Selangor sepanjang tahun ini. Termasuk empat kali pencemaran itu berasal daripada premis tidak berlesen di Sungai Lalang (Semenyih).”
Adun PKR Bukit Lanjan yang juga exco, Elizabeth Wong berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Adun BN Semenyih, Datuk Johan Aziz mengenai jumlah kes gangguan bekalan air akibat pencemaran sungai sepanjang tahun ini. Menurut beliau, hasil pencemaran Sungai Langat yang kerap berlaku, Loji Rawatan Air (LRA) Langat terpaksa ditutup sebanyak tujuh kali, akibatnya lebih sejuta pengguna di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang terjejas dari Januari hingga Februari lalu. Memetik laporan FMT, ini termasuk 4 kes berpunca daripada kenaikan ammonia akibat pelepasan sistem kumbahan Lembangan Langat, 2 datang daripada muka sauk Sungai Semantan, Pahang serta 1 lagi kes disebabkan kenaikan mangan.
Tambah Adun PKR Bukit Lanjan, kes terbaharu membabitkan pencemaran di LRA Labu, Ahad lalu, ekoran kemalangan mengakibatkan tumpahan minyak sawit, namun loji tidak ditutup sepenuhnya. Rabu lalu, Wong dilaporkan berkata, kerajaan Selangor membuka kertas siasatan berhubung kes pencemaran di Kampung Sungai Lalang, Semenyih dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan pendakwaan dalam tempoh terdekat.- CARI |
8
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
12
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT