Aktres jelita ini mengakui bimbang terhadap kehidupan Emma Roberts yang semakin tidak tentu arah. Menurut Julia Roberts, kebimbangannya itu semakin kuat apabila anak buahnya itu sudah tidak mampu dikawal. "Dia baru sahaja berusia 22 tahun, namun sikapnya bersama teman lelaki sangat merunsingkan saya dan keluarga. Kami bimbang dia akan mengikuti jejak langkah Lindsay Lohan. "Kami tidak tahu mengapa dia jadi begitu sedangkan kariernya sedang meningkat kini. "Kerana itu, saya terpaksa mengadakan perjumpaan dengan ahli keluarga dalam masa terdekat," kata pelakon Mirror Mirror ini.
|
ADVERTISEMENT