CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55080|Reply: 11

[Tempatan] Tiada Orang Datang Majlis Konvo, Sekali 3 Kompeni Kadet SISPA Siap Berkawad Raikan Pegawai Normawati

[Copy link]
Post time 24-12-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 24-12-2024 11:35 PM

Menerusi video tersebut kelihatan sebanyak 3 kompeni SISPA datang untuk meraikan hari graduasi Normawati pada 21 Disember lalu.



Maklum tiada orang hadir ke majlis konvo, sekali 3 kompeni SISPA datang raikan pegawai
Baru-baru ini, seorang wanita yang juga merupakan pegawai unit beruniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima kejutan daripada rakan-rakannya dari Kadet Kor Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang hadir ke majlis konvokesyen pada 21 Disember yang lalu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh rakannya @.itscuyaa_ awalnya dia memberikan Point of view (POV) apabila ada pegawai yang dikenali sebagai Puan Normawati memaklumkan tidak ada sesiapa yang hadir ketika majlis konvokesyen yang diadakan.

Susulan daripada itu, anggota yang mengenalinya bertindak untuk membuat kejutan apabila mereka hadir secara beramai-ramai ke majlis konvokesyen terbabit untuk meraikan pegawai berkenaan.

Siap berkawad dalam barisan untuk raikan pegawai
Dalam video kelihatan anggota beruniform itu berkawad dalam kumpulan yang besar ke arah pegawai yang lengkap memakai jubah graduasi.

Gembira melihat usaha yang ditunjukkan oleh anggota yang hadir ke majlis tersebut, Normawati turut tidak melepaskan peluang untuk merakam momen tersebut. Malah jelas terpapar di wajahnya begitu gembira sebaik melihat anggota berkenaan.

Apa yang lebih mencuri tumpuan mereka membuat kawad hormat di hadapan Normawati turut membawa sejambak bunga untuk diserahkan kepada pegawai berkenaan.

Sebaik selesai melakukan kawad di hadapan Normawati, mereka kemudian bersalaman serta bersorak meraikan pegawai tersebut.

“Nah sekali tiga kompeni datang, terbaik YO, Koperal dan Kor SISPA UPM. Semua turun padang untuk bagi sokongan kepada pegawai.

“Satu momen untuk diingati,” katanya dalam video tersebut.

Hargai usaha dan kejutan diberikan anggota SISPA
Sementara itu, Normawati turut memuat naik video yang sama di akaun TikTok miliknya dan menghargai kejutan terbabit.

“Tahniah buat diri sendiri. Untuk semua orang baik dalam kehidupan saya, terima kasih kerana hadir.

“Terima kasih atas rasa bahagia ini. Semoga segalanya menjadi asbab kebaikan buat kalian,” ujarnya di ruang kapsyen.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2024 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa takde yg dtg ek? Aku dulu ye.. langsung tak gi konvo sbb kos mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
nurkasih74 replied at 25-12-2024 07:31 AM
Kenapa takde yg dtg ek? Aku dulu ye.. langsung tak gi konvo sbb kos mahal..

Univ iols dulu hampehh..mak ngan adik iols dtg jauh dari kg, sekali smpai dewan tak dpt masuk sbb seat dah penuh. Pdhal dah allocate for 2 seats for setiap graduan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki iols kesian..takde gambo konvo sebab keje kat obersea...
Dah ka baru masuk keje baru tau tarikh..mmg idak le dia nak gi...
Dapat le bergambo dgn lecturer je
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Gen z ke apa ni? Org x dtg konvo pun nak hati tisu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya. Tumpang sronok tengok moment bahagia mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2024 12:31 PM | Show all posts
ehhhhh perlu ke?
konvo jer pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu masa konvo fikir masa depan jer nk keje apa, dh fikir nk bwa lori jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2024 03:27 PM | Show all posts
Konvo ko rea
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 skrg Tadika pun dh ada konvo.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoh acik pakcik kertu ni.

It's the thought that counts la.

Kebaikan dari satu manusia ke manusia lainnua pooonnnn korang nak persoallll sah la dah terlalu lama hidoppp dah terlalu banyak dikhianati sampai nak perli2 genuine kindnessssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-12-2024 08:09 PM
Aiyoh acik pakcik kertu ni.

It's the thought that counts la.

ahahahaa...sah2 yg atas2 komen ni semua ummah kertu forum

tp i nak komen gak, bebudak skrg konvo mcm2 ragam, kreatif beno kalau bergambo bervideo tak mcm dulu jaman early 2000s skema yakmatss termasuk la iols

dulu ramai je tak dtg konvo, dtg konvo sendiri pun lagi la ramai, zaman berubah skrg ni nak berkonvo bkn baju je cun melecun siap booking mua dgn mak skali mekap meletop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.040938 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list