CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26065|Reply: 13

[Tempatan] Kereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas Cuba Beri Laluan Ambulan Di Lampu Isyarat.Disaman Pulis Kerana Kereta Hanya Boleh Elak Ke Tepi Bukan Ke Hadapan

[Copy link]
Post time 24-12-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 24-12-2024 11:47 PM

Cuba Beri Laluan Selepas Dengar Bunyi Siren Ambulan Di Lampu Isyarat


Itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah kereta lain di persimpangan lampu isyarat hanya kerana mahu memberi laluan kepada ambulans.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @qilarahmad, dapat dilihat kereta Honda Civic miliknya sedang berada di kedudukan paling hadapan di persimpangan tersebut.

Ketika menunggu lampu isyarat tersebut berubah dari merah menjadi warna hijau, kedengaran bunyi siren ambulans.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pemandu wanita itu cuba memberi laluan dengan menggerakkan kenderaannya ke bahagian sebelah kanan. Namun, ambulans berkenaan masih gagal untuk melepasi laluan tersebut.

Terus Bergerak Ke Hadapan Bagi Laluan Ke Ambulans

Peka dengan keadaan itu, wanita berkenaan dilihat terus bergerak ke hadapan bagi memudahkan ambulans untuk melepasi jalan berkenaan.

Namun, nasibnya tidak baik apabila sebuah kereta yang datang dari kiri telah melanggar keretanya pada ketika itu.

Kedengaran pemandu wanita itu yang sedang sarat mengandung itu menjerit selepas rempuhan berkenaan.

“Masa ini macam tersedar, aku pertaruhkan dua nyawa (tengah mengandung trimester ketiga). Hanya fikir anak je dalam perut, dahla hampir empat tahun TTC untuk dapatkan zuriat,” tulisnya menerusi video tersebut.

Wanita Dakwa Polis Maklumkan Kereta Hanya Boleh Elak Ke Tepi Bukan Ke Hadapan
Susulan daripada insiden tersebut, pengguna itu mendakwa dia dikenakan saman RM300 atas sebab melanggar lampu isyarat.

Ini kerana pihak polis menerangkan kepadanya bahawa dia hanya boleh mengelak ke kiri atau kanan jika mendengar bunyi siren.

Malah disebabkan kejadian itu juga, dia terpaksa menangung kerugian serta trauma apabila mendengar bunyi siren ambulans.

“Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) Insurans daripada 55% jadi 0, daripada sepatutnya jadi RM1,000 jadi RM2,000 bayar untuk renew insurans.

“Betterment (kos tambahan) hampir RM1,000 untuk dapatkan bahagian original sebab kereta dah enam tahun. Nak pergi kerja terpaksa pinjam kereta,” tulisnya lagi.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 6.45 petang pada 25 November lalu di Terengganu.

Malah, tujuannya memuat naik video tersebut hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalamannya kepada pengguna lain.

“Tiada siapa yang salah, tiada siapa yg betul. Cuma nak bagitahu, anda bagi laluan dekat ambulans ke polis ke, risiko 100% tanggung sendiri,” tulisnya lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2024 12:56 AM | Show all posts
lepas ni ada eskot polis atau polis, memang takkan berganjak lah kedepan, kalau ketepi takda ruang, kau tunggu kat belakang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak, dlu katenye kalau ade ambulan stuck kt traffic light merah, kereta depan kene gerak..so sebenarnya xbleh gerak la kan, risiko tanggung sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 03:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Risiko tggung sendiri pulak dah. Lps ni klau i xbg laluan jgn viralkan plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Serius menyusahkan pengguna kereta lain...kesian perempuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lpas eksiden tu, ambulan boleh jalan ke tak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2024 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kdg kelam kabut bila dgr bunyi ambulans...berdebar2 jantung...pastu pikir nk tala kete aku ni ke mana nk bg dia lalu...sbb kdg jln sempit
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 08:44 AM | Show all posts
ah pulok doh

tak bagi kang kata tak bertimbang rasa
dah bagi jatuh salah pulak

gu mano ni bey weyyyy


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni iols ingat boleh je terus ke dpn kalau ada ambulan blkg kita kat lampu isyarat..so lps ni kita nk buat apa? Kan tak buat aap2 tunggu hijau org viralkan tunjuk video kete kita x bertimbangrasa lak..
.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian . Bad day betul bwrtimpa2
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makita at 25-12-2024 09:40 AM

Ambulan pon xleh langgar lampu merah. Pnh ada kes kat Penang kot, ambulan (bukan spital gomen punya) langgar lampu merah patu berlanggar dgn kete lain. Pemandu kete tu cedera parah. Naik court ambulan salah.

Kita as kereta mmg kene beri laluan, ketepi je wpon ambulan x dpt lalu. Mmg nampak logik kalau kita paling depan, ada ruang nak kedepan utk bg ambulan tu. Tapi mmg xleh langgar lampu isyarat. Kene buta hati sket part ni sambil dgn sound ambulan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambulan ni bajet nak selamatkan org yg kononnya tgh nazak, sekali org yg x nazak ni plk jalan dulu. So how?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 10:13 AM | Show all posts
Kalau dah stuck di traffic light, patutkah ambulans tu off dulu siren supaya ia tidak mengakibatkan pengguna jalanraya lain rasa panik dan buat tindakan yang berbahaya.

Kalau kenderaan di hadapan dah memang tidak boleh bergerak ke depan dan ke tepi, apa gunanya bunyikan siren?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 10:26 AM | Show all posts
mejaputih replied at 25-12-2024 09:12 AM
Selama ni iols ingat boleh je terus ke dpn kalau ada ambulan blkg kita kat lampu isyarat..so lps ni  ...

Bukan dulu ada dalam buku driving lesson yang kata " Pada masa bila kalau lampu merah, kita boleh jalan kehadapan? Jwpnya: bila nak beri laluan kepada ambulans, bomba "
sekarang ni dah ubah undang2 ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.669696 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list