CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27533|Reply: 13

[Tempatan] Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani ujian kecergasan

[Copy link]
Post time 24-12-2024 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani ujian kecergasan
Oleh HARRITH HISHAM
24 Disember 2024, 7:10 pm

Muhammad Syahrulnizam menjalani ujian kardiovaskular sempena misi Everest 2025.

PETALING JAYA – Pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Muhammad Syahrulnizam Mohd. Noor menjalani ujian kecergasan sempena Misi Pendakian Gunung Everest tahun hadapan.

UiTM dalam hantaran di Facebook memaklumkan, Muhammad Syahrulnizam telah menjalani ujian kecergasan siri yang kedua di Makmal Prestasi Manusia Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM pada 17 Disember lalu.

Ujian kecergasan yang dijalankan merangkumi ujian fungsi paru-paru, ujian kardiovaskular iaitu Vo2max dan ujian lactate di bawah kendalian Ketua Pusat Satelit Institut Sukan Negara, FSR UiTM, Prof. Madya Dr. Hosni Hasan.

Difahamkan, Pelajar semester tiga program Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi itu dijadualkan memulakan pendakian Gunung Everest di Nepal bermula pada Mac 2025. – KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2024 10:05 PM | Show all posts
Dah start balik dah kegilaan nak daki everest
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat menempah maut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Usahla pi bunuh diri dik oiiiii...esok2 menyusahkan negara Malaysia nk kena cari mayat ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak manalaaaa yg "cerdik" sgt ni benarkan anak pi...huh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2024 10:25 PM | Show all posts
Kenapa la suka buat kerja mengarut mcm ni

8 pendaki 'berkain batik' dari Terengganu berjaya 'tawan' puncak Everest Base Camp
Zaid Salim - Oktober 31, 2024 @ 12:20pm
[email protected]


Kumpulan pendaki dari Terengganu (dari kiri), Mohd Izwan, Mohd Ghazali, Mohamad Salam, Muhamad Rafi, Abdul Karim, Mohd Yusri, Hairry Helmy di puncak EBC, Kathmandu. - NSTP/GHAZALI KORI


KUALA TERENGGANU: Lapan pendaki dari negeri ini berjaya menawan Everest Base Camp (EBC) atau Kem Induk Everest di Kathmandu, Nepal pada ketinggian 5,364 meter dengan penampilan unik apabila turut mengenakan kain batik dan semutar.

Mereka termasuk jurufoto sambilan The News Straits Times Press (NSTP) Terengganu, Ghazali Kori, 37, berjaya menyempurnakan pendakian berkenaan pada jam 5 petang Selasa lalu selepas pendakian selama 15 hari.

Ketua ekspedisi, Abdul Karim Endut, 54 berkata pendakian ke EBC pada hari kesembilan bermula dari Perkampungan Lobuche yang berada pada paras 4,910 meter membabitkan jarak perjalanan pergi dan balik sejauh 130 kilometer (km).

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), berkata cuaca sejuk dan berangin dengan suhu antara negatif lapan hingga 16 darjah Celsius antara cabaran besar yang perlu diharungi.

"Cabaran besar lain laluan berbatu dengan pelbagai bentuk muka bumi serta oksigen yang rendah. Kami bersyukur ekspedisi turut disertai pendaki pertama Terengganu yang berjaya menawan puncak Everest pada 2007, Mohd Rafi Kori, 45.

"Pengalaman beliau termasuk lima kali berjaya menawan EBC banyak membantu melancarkan ekspedisi. Kami bersyukur walaupun seorang gagal sampai ke puncak kerana simptom utama akut gunung (AMS)," katanya.

Beliau yang pertama kali menyertai ekspedisi berkenaan, berkata perjalanan turun dari EBC ke Perkampungan Lukla dan Kathmandu pada 2 November ini sejauh 60km selama tiga hari sebelum dan dijangka tiba di Malaysia pada 5 November.

Program kembara berkenaan anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) SATU dengan kerjasama Kelab Terengganu BackPackers.

Ia turut disertai Mohamad Salam Muda, 38; Mohd Yusri Gati @ Mohd Gati, 37; Mohd Juhairi Mohd, 39; Mohd Izwan Awang, 37, dan Hairry Helmy @ Khairy Mustafa, 48.

Sementara itu, Ghazali berkata, sebaik terpilih menyertai ekspedisi berkenaan, beliau tidak sabar dan teruja untuk menawan puncak EBC walaupun sedar ia bukan mudah kerana memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

"Walaupun sudah banyak gunung dalam negara sudah berjaya ditawan, impian saya untuk menjejakkan kaki di puncak EBC menjadi kenyataan selepas terpaksa mengharungi pelbagai cabaran terutama suhu sangat rendah," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2024 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 24-12-2024 10:25 PM
Kenapa la suka buat kerja mengarut mcm ni

8 pendaki 'berkain batik' dari Terengganu berjaya 'tawan' ...

EBC ni bukan puncak Everest lagi la kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2024 10:33 PM | Show all posts
noor2 replied at 24-12-2024 10:28 PM
EBC ni bukan puncak Everest lagi la kan?

Bukan puncak. Camp paling bawah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 24-12-2024 10:33 PM
Bukan puncak. Camp paling bawah

Ohhh..sampai puncak bukan kain batik je hilang...org pun boleh hilang
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga slmt la..myt yg thn lps dh jmpa belum ek?
gunung everest ni kt nepal sana kn..
hish tp org yg suka hiking mmg la suka....xmnt i bnda hiking segala mak nenek ni..bdk ofis dorg suka buat aktiviti lps hbs kerja masuk court main badminton..wiken boling..ptg lps work zimba kt ofis..wiken hiking..i je mcm krik krik..jd pom pom girl blh la..
semoga yg join tu selamat pergi dan balik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2024 08:59 AM | Show all posts
noor2 replied at 24-12-2024 11:13 PM
Ohhh..sampai puncak bukan kain batik je hilang...org pun boleh hilang

Ada sesetengah pendaki kat base camp pun dah gagal dan perlu turun kerana badan tak boleh nak adapt dengan paras oxygen 50% daripada paras laut. Lebih tinggi mendaki lagi kurang oxygen. Ketinggian everest base camp 5364m. Ketinggian gunung kinabalu 4095m.



Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde benda yg lebih byk manfaat ke...mcm gi berlatih bersungguh2 utk jadi atlit professional yg boleh bertanding dan menang gold medal kat olimpik
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 10:42 AM | Show all posts
noor2 replied at 24-12-2024 10:28 PM
EBC ni bukan puncak Everest lagi la kan?

aah bukan puncak...iols dh pegi tahun 2017 dulu...trek pergunungan himalaya ni especially basecamp mcm abc & ebc ni mudah je sbb gunung pelancongan, yg mencabar suhu sejuk sehingga boleh menyebabkan ams...budak2 pon boleh naik, masa iols pegi dulu 1family termasuk kanak2 naik ke sana...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 10:46 AM | Show all posts
iols tertanya2 dr dulu lg...utk naik ke puncak everest, setiap pendaki kene melalui satu ritual mcm mintak izin kpd penjaga gunung...so org islam pon join jgk ke ritual ni...sbb tgk dlm documentary kt youtube, ritual tu wajib..iols pegi sampai ebc je dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048727 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list