CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13596|Reply: 5

[Politik] 'Derma Jihad' menggalakkan dosa

[Copy link]
Post time 24-12-2024 01:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 24-12-2024 10:27 AM




Jangan biarkan fitnah dinormalisasikan atas nama perjuangan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.


SHAH ALAM - Tindakan mengutip dana daripada masyarakat untuk membayar saman sivil akan menggalakkan ahli politik untuk tidak bertanggungjawab berbicara di pentas politik tanpa fakta yang tepat.

Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, hal tersebut memberi kesan fitnah dengan merosakkan nama orang lain khususnya individu yang tidak sefahaman.

"Mereka dengan mudah membuat fitnah kerana yakin akan dibantu oleh masyarakat apabila dikenakan saman sivil di mahkamah.

Katanya, dana sumbangan awam patut digunakan untuk aktiviti seperti kebajikan, membantu golongan yang dizalimi, dakwah serta pendidikan.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin memberitahu bahawa sangat tidak wajar mengutip dana daripada masyarakat untuk membayar saman sivil kerana perlakuan dosa fitnah.

Jelas beliau, ia tidak seharusnya digunakan untuk membantu orang yang menzalimi maruah orang lain dengan fitnah dan cerita rekaan walaupun bukan Islam atau musuh.

“Dosa fitnah dan mereka-reka cerita adalah dosa besar yang dijadikan inti pati aku janji para sahabat dengan Nabi SAW sebelum hijrah.

“Memberi sumbangan untuk menampung kesalahan itu tidak berpahala bahkan tanda meredai perlakuan dosa fitnah,” ujarnya.

Sebelum ini, tersebar surat pekeliling yang dihantar kepada pemimpin utama pusat, negeri dan sayap Pas yang memohon ‘derma jihad’ bagi membiayai kewajipan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad membayar RM825,000 dengan kadar segera, yang diperintahkan oleh mahkamah.

Sinar Harian


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2024 07:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana wujudnya tabung Milo Tu?
Akak nak derma
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya...PAS la penyokong DAP, RM825k depa derma
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 24-12-2024 04:29 AM

Walaupun banyak aku x setuju dgn makcik ni, tapi part ni aku setuju. Nak main politik pun biar la matang dan berfakta. Kelmarin ada lalu markas PAS, tgk ramai org. Ada dgr perkataan "undi", dlm hati fikir ada PRK ke sekarang. So, maybe ni la kot, donation drive.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 08:06 AM | Show all posts
sblm ini ada nampak video nik amar sebut klu "saya kena saman, saya ada tuan/puan utk tolong bayarkan'...lebig gitu la maksudnya. so, dah jadi lidah pemimpin PAS nak fitnah sana sini sbb tahu ada walaun tolong bayarkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.045115 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list