CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8430|Reply: 18

[Tempatan] Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!

[Copy link]
Post time 23-12-2024 07:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 23-12-2024 03:30 PM

Kota Bharu: Kelantan membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa disajikan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, semalam.

Pada masa sama, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) turut disiasat apabila dewan sekolahnya dijadikan lokasi majlis berlangsung dan melanggar peraturan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) sudah diarah melakukan siasatan itu.

"Saya sendiri baru mengetahui perkara itu hari ini dan kertas siasatan sudah dibuka. Pihak penganjur dan pihak sekolah akan dipanggil untuk mendapatkan keterangan mereka.

"Difahamkan, majlis makan malam syarikat perlombongan emas itu berlangsung semalam menggunakan dewan sebuah SJKC di Tanah Merah.

"Pihak penganjur dan sekolah melanggar Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998 (Kesalahan Tiada Lesen) yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, semakan dengan MDTM juga mendapati pihak penganjur tidak membuat sebarang permohonan permit untuk penganjuran acara itu.

"Kita difahamkan sebahagian besar tetamu adalah pelombong dari Tanah Besar China yang menjalankan kerja lombong sekitar Sokor, Tanah Merah dan pekerja syarikat serta tetamu luar.

"Terdapat beberapa tetamu juga terdiri daripada penduduk tempatan beragama Islam yang bekerja dengan syarikat berkenaan.

"Kita kesal dengan tindakan pihak penganjur yang menyediakan hiburan seperti itu selain menjadikan dewan sekolah untuk acara hiburan berkenaan," katanya.

Majlis yang disajikan acara tarian mencolok mata itu turut tular di media sosial.

Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2024 10:28 AM | Show all posts
kat mulut lobai pas ni tak lekang dengan slogan anti cina plus anti dap... last last permit melombong bagi kat geng PRC..membangun bersama isle kononnnnnnn..puiiiiiii!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2024 11:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 08:11 AM | Show all posts
sek2 kito pom nak berhibur jgk..
jange la dihalang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak DAP dapat kerusi di DUN Kelantan melalui PAN, makin rosak moral rakyat Kelantan. Macam2 maksiat timbul. Kerajaan Kelantan kena lebih tegas
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah. Acara utk pekerja asing dari China. Root cause dia adalah award projek kepada company China utk melimbong emas.Dah syarikat tempatan pun tak ada modal besar seperti company China
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa nk buat kt sekolah pulak..pegi la sewa dewan hotel murahan ke apa..bongok
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
2- 3 kerat yang Islam tu ada pilihan tak nak pegi ke tak atau kena paksa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah

Penganjur pun tak sensitif ya
Bukan ke semua bertudung kat kelantan tu, hatta pondan drag pun version bertudung tak pakai wig?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
lorrr dewan sek pun jadi
agaknya masa nak book dewan tu tak include skali show tarian gelek dlm tentatif tu yg lepas (husnudzon)
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak sewa dewan hotel je takkan takde budget sampai kena dewan sekolah. Kalau buat dekat tempat private takde sapa kisah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi,china pon berminat ngan tarian gelek jugak ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkana negeri Isle pakai syarikat pelombong kominis...pitenah ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 23-12-2024 11:55 AM

Annoying nya Abe ni
Dah la gundu tak hensem Misai kontot
Muka dia Saja kat vid Tu
Kalau hensem bak Jackson Wang boleh juga kelebek vid Tu sampai abes

Mungkin kampeni ni bajet murmur je kot
Pasal Tu takat buat kat sekolah, penari pun tak cantik,

Siasat je habis-habisan
Aku ni kalau geng sepet mmg resis duluan

Tapi Aku bet kampeni tongkang ni tak takut langsung pun
Kalau berita buruk pasal tongkang... Muntri sepet tongkang senyap je ye
Almaklumlah bukan Dalam kabinet jagaan si sepet tu

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 01:01 PM | Show all posts
Wooow...Bukankah tarian ini sudah DIHARAMKAN karena X sesuai dengan syariah islam ?

Apakah tarian gelek ini ingin dibangkitkan kembali sebagai warisan budaya Kelantan sebagai persiapan untuk nak didaftarkan ke UNESCO  bersama dengan warisan budaya berunsur budaya Cina  LION DANCE dan BAKUK TE ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2024 01:03 PM | Show all posts
penmerah replied at 23-12-2024 12:59 PM
Annoying nya Abe ni
Dah la gundu tak hensem Misai kontot
Muka dia Saja kat vid Tu

ya paling2 pun minta maaf sudahhhhh....
forgive n gorget gitu,,,,..

lain kali buat lain,
ulang lagi minta maaf

begitu lah sampai Abg Jamil Mapoihh
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 23-12-2024 01:08 PM
nusaraya replied at 23-12-2024 01:01 PM
Wooow...Bukankah tarian ini sudah DIHARAMKAN karena X sesuai dengan syariah islam ?

Apakah tarian  ...


makanya nanti PENJUAL ES TEH INDON  akan didaftarkan ke UNESCO...kerna ngak ada penjual es teh sepertinya ini di negara tertangga.Negara tertangga pasti iri....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 01:18 PM | Show all posts
yakboktam  


walaowehhhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.320161 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list