View: 32056|Reply: 42
|
[Tempatan]
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 23-12-2024 11:19 PM
Keluarga 7 Beranak Tinggal Dalam Kereta Lepas Kena Scam Dengan Tuan Rumah
Itulah yang dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong apabila dia menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang dilanda kesusahan.
Steven yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Pulau Pinang bertindak sedemikian selepas dia mendapat aduan berhubung keadaan sebuah keluarga tujuh beranak itu.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok miliknya @stevensimck, dapat dilihat keluarga terbabit menjadikan sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru sebagai kediaman mereka.
Bercerita dengan lebih lanjut kepada Steven, lelaki yang dikenali sebagai Hilmi itu menjelaskan dia terpaksa menjadikan kenderaan tersebut sebagai rumah buat isteri dan anak-anaknya selepas mereka ditipu oleh seorang individu setelah membayar deposit rumah sewa.
“Kitaorang dah bayar deposit rumah sewa, lepas itu kita kena halau. Surat report polis ada, semua ada,” ceritanya.
Difahamkan, Hilmi sekeluarga telah tinggal dalam kereta tersebut selama tiga bulan lebih.
Cermin Kereta Pecah, Ada Yang Tidur Dalam Bonet Kereta
Apa yang lebih menyentuh hati adalah ada di antara anak-anak Hilmi yang berusia dari dua hingga sembilan tahun itu terpaksa tidur di dalam bonet kereta.
Malah, dapat dilihat kereta Bezza tersebut berada dalam keadaan usang selepas cermin belakang serta sisi pecah dan hanya dibalut menggunakan kain putih.
Jelas Hilmi yang berasal dari Kelantan itu lagi, dia yang datang ke Pulau Pinang untuk bekerja sebagai pemandu lori kini hanya boleh bekerja sebagai penghantar barang kerana tidak sanggup meninggalkan isteri dan anak-anaknya sendirian.
Bayarkan Sewa Rumah Selama Setahun & Bantu Dapatkan Kerja
Simpati dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan, Steven membantu Hilmi sekeluarga mendapatkan rumah baru lengkap dengan perabot buat mereka.
Dapat dilihat anak-anak Hilmi teruja dan seronok apabila melangkah masuk ke rumah baharu mereka itu.
Malah, Steven juga akan membayar sewa rumah berkenaan sebanyak RM600 sebulan bagi tempoh setahun untuk meringankan beban Hilmi sekeluarga.
Tidak hanya itu, dia turut membantu Hilmi mendapatkan kerja sebagai pemandu lori serta menyambung persekolahan anak-anak Hilmi selain memberikan wang tunai berjumlah RM2,000 bagi menampung perbelanjaan sementara menanti gaji yang baharu.
Dapat dilihat Hilmi serta isterinya, Yani sedih dan mengalirkan air mata ketika menerima bantuan terbabit.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak bekerja sebagai pemandu lori pun terpaksa merantau ke negeri lain. Apatah lagi yg lulusan universiti. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kene scam Tu kesian juga apatah lagi dah buat repot polis
Tapi Abe ni kelakar lah bagi alasan kerja penghantar barang jevsbb tak sanggup tinggal anak bini
Bagus yb tolong carikkan kerja juga
At least tade alasan hadap bantuan je tapi memilih kerja
Moga Abe ni cukup2 tambah anak instead tambah ekonomi keluarga pula ye |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik YB SS... macam ni yg kita cari.... berkhidmat menjaga kebajikan rakyat... |
|
|
|
|
|
|
|
moga kehidupan abe dan fmly semakin baik tahun depan.. yg ank2 tu harap cukup la 5 ore tu bey... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 family ni tak sia2 kan orang dah bayar kan sewa rumah setahun plus duit belanja 2k to restart life. Kerja dapat tu jgn sia2 kan juga. Harap dapat membantu bina hidup lebih baik tuk anak2 tu. Nampak anak2 semua baik dan beradab. Untunglah nanti YB jadikan anak angkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak tumpang duduk dengan keluarga di kampung sementara suami cari duit untuk sewa rumah lain?
Takkan lakibini dua2 sebatang kara, takde sedara mara untuk bagi tumpang berteduh? |
|
|
|
|
|
|
|
tambah ekonomi family pulak bey
anak2 rsnya elok sgt dh 5 je
|
|
|
|
|
|
|
|
ade la tu yg tak diceritakanmesti ada sebab end up gini
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 24-12-2024 12:43 PM
ade la tu yg tak diceritakanmesti ada sebab end up gini
Timbalan KM Penang keluar statement kata zakat Penang ada bantu macam2 termasuk bayar deposit rumah. Mungkin deposit rumah tu yg dia kata kena scan oleh tuan rumah. Ada report polis semua. Tapi tak tau ada tindakan ke tidak ke atas tuan rumah yg dikatakan scammer. Mungkin ada cerita lain pulak kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 24-12-2024 12:43 PM
ade la tu yg tak diceritakanmesti ada sebab end up gini
Kalau lepas ni naik lagi muka dorang tidur dalam kereta, siap pakej ada anak ke 6,7,8 aku harap tak payah bantu la. Memang jenis suka minta simpati. Memang hobi suka tidur dalam kereta anak beranak harap ada orang viral.
Maaf tak mampu nak husnuzon dengan cerita2 gini. Hati aku terlalu hitam berkeladak untuk husnuzon dengan kisah hasanah gini. |
|
|
|
|
|
|
|
ada jiran suami keje offshore tak pernah balik rumah.. cuti kena jaga parents kat kampung pulak...
cukup 20 tahun keje dlm acc ada juta2 ringgit . tapi lepas resign je terus kena cancer . . dan meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat miskin tegar dah berjaya diatasi kat tanahair.. hari tu PMX cakap. |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 24-12-2024 12:59 PM
Aku ingat miskin tegar dah berjaya diatasi kat tanahair.. hari tu PMX cakap.
bila PMX ckp dah diatasi? yg tiada miskin tegar hanya 4 negeri/kawasan mengikut kem.ekonomi penang masih ada |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 sedara mara pun dh mls nak menolong agaknya
bkn sng nak tolong org
silap2 yg menolong makan hati
Steven ni mmg rajin menolong org susah dr dulu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Freezies at 24-12-2024 02:00 PM
Takpe,Nanti tahun depan beranak lagi la ek.anak tu rezeki kan?. |
|
|
|
|
|
|
|
Itupun si ayah kata asal Kelantan kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 24-12-2024 12:49 PM
ada jiran suami keje offshore tak pernah balik rumah.. cuti kena jaga parents kat kampung pulak...
...
Aduh sedihnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|