View: 24938|Reply: 32
|
Razman Razmi kena serang pemuda dianggap adik... Hutang RM20 ribu jadi punca
[Copy link]
|
|
PASANGAN pereka fesyen Razman Razmi tidak menolak masalah hutang menjadi punca mereka diserang secara tiba-tiba oleh seorang jurugambar dalam sebuah acara yang berlangsung di Petaling Jaya pada malam Rabu.
Razman, 53, ketika dihubungi memberitahu dia cukup mengenali jurugambar lelaki itu dan mengakui ada berhutang sejumlah RM20,000 berkaitan penjualan kereta yang dilakukan sekitar tahun 2019.
"Dia ada membeli kereta milik Razmi dan kemudian hanya menggunakanya dalam tempoh seminggu lebih sahaja. Katanya kereta itu rosak dan dia tinggalkan di tepi jalan. Dia minta kembali jumlah RM20,000 dari pembelian kereta itu.
"Benar jumlah tersebut masih belum kami selesaikan. Anggaran sehingga kini kami telah membayar dia dengan jumlah RM6,000.
"Tetapi kami tidak pernah lari. Dia boleh sahaja cari kami dan minta duit. Malah sebelum ini jika dia minta kami akan bayar sedikit demi sedikit. Kami juga berikan wang apabila dia mengadu tentang masalah kewangan," katanya kepada mStar.
Susulan kejadian serangan itu Razman dan Razmi mengalami kecederaan luka di bahagian pipi akibat dipukul dengan lensa kamera milik lelaki berkenaan.
Mereka berdua kemudian tampil membuat laporan Balai Polis Mutiara Damansara dan jurugambar berkenaan telahpun ditahan pihak berkuasa.
Tambah Razman dia menyerahkan sepenuhnya kes berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut terhadap lelaki yang sudah dikenali sejak tahun 2017 itu.
"Kami sudah lama kenal dia dan banyak beri peluang untuk dia bekerjasama dengan ramai selebriti. Dia seorang yang baik dan tak pernah tinggal solat.
"Saya pun tidak tahu kenapa dia boleh menyerang sebegitu. Memang rasa terkejut ketika kejadian dan saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.
"Sekarang ini saya serahkan semuanya kepada pihak polis. Kami akan teruskan dengan laporan yang telah dibuat. Kejadian itu saya anggap sebagai satu aniaya kerana dia sasarkan ke bahagian muka yang menyebabkan kesan jangka panjang," jelasnya.
Biarpun begitu dia tetap berasa kasihan terhadap pemuda berkenaan yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri dan bimbang kes ini akan menjejaskan reputasi dalam kerjayanya.
"Apa pun masalah dia boleh hubungi kami berdua. Kali terakhir berjumpa pada Disember lalu dalam sebuah acara. Kami tak pernah block dia.
"Kami anggap dia seperti seorang adik. Kami bimbang kes ini akan beri kesan kepada perniagaannya," jelasnya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.
Siasatan dibuat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama dua hari bermula Khamis.
Sumber : Mstar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mcm cibai je statement. Ngaku hutang rm20k, dari thn 2019, dah bayar rm6k, pastu ngaku tak lari. Yg pemiutang pulak suruh cari depa ni, suruh mintak kalau nak pakai duit. Ko settlekan terus je tak boleh ke? Dh kenapa si pemiutang pulak kene mengemis kat korang berdua ni? Cucuk muka sampai bengkak-bengkak tu ada plak duit |
|
|
|
|
|
|
|
Gosipnya jual kereta yg mmg banyak kerosakan. Buruknya perangai. Bila org mintak refund dia mengelak.
|
|
|
|
|
|
|
|
20k je pun hutang tu
Aku tgk dorang ni byk gak wat baju retis
Kira free je dorang buat baju retis tu sampai takde duit.
Aku kenal dorang ni masa dorang sponsor baju alip aziz kat gv dulu tu
Netizen ramai sokong tindakan Aqo hempuk dorang ni tp tulaa sentuh fizikal mmg ke dalam la jawabnyaa |
|
|
|
|
|
|
|
Marketing..Depan vida plak tu sure2 plan awal2.. bukan event cikai2 sekuriti nak lena |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ni? Dah la nama pun mcm rhyme je dengan dua designer yg sama gak bunyi nya. Next!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Mulut busukkk betul.. dah menipu jual kereta rosak, lepas tu boleh pulak play victim , acah2 mulia
Menyirap betul baca statement.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg muka bengkak tu bukan ke sebelum ni hensem je. Dah kenapa dah bengkak semua tu dgn bibir terjuih. Bodoh masing2.
Katanya kereta tu dilenjan mamat buyer tu sampai rosak then nak return dan minta refund. Entahla xtau siapa salah.
Sukati ah korang. Masing2 berlagak kaya, hutang xnak bayar. |
|
|
|
|
|
|
|
Aqo yg iols kenal mmg sopan je. Tp tak tahulah kalo sejak main gym ni jadi habang2 gangster. Tak tahan sabar kot. Tp dah dia sentuh org, dia kena tahanlah.
Tp betoi ayat RR tu mmg buka pekung diri sendiri. Kereta rosak tinggal tepi jalan. Dia bayar tp sikit. Boleh je cr dia. Dia kata kalo ikutkan tak nak bayar sbb aqo ni kurang ajar. Ugut2 dia. Boleh lak mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg ngaku mmg janji nk refund duit kereta tu kan, so rsnya mmg kereta tu problem la kut.
"Tetapi kami tidak pernah lari. Dia boleh sahaja cari kami dan minta duit. Malah sebelum ini jika dia minta kami akan bayar sedikit demi sedikit."
Lorrr kalau dah mmg ko yg berhutang why org yg tu kena cari ko pulak. Mmg gitu lah lumrah nya.. org yg beri hutang ni la kena mengemis. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa apa hal pun jangan pukul orang. Mmg hati puas tapi dalam sana jel lah jawapannya. Sedangkan self defense pun kena bicara apatah lagi terang terang menyerang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ciplak rizman ruzaini ke apa.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Shayang replied at 9-1-2025 11:00 PM
20k je pun hutang tu
Aku tgk dorang ni byk gak wat baju retis
Kira free je dorang buat baju retis t ...
aqo imran ke uols |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 9-1-2025 11:55 PM
Ciplak rizman ruzaini ke apa.. haha
kan uols. sekali baca ingatkan rizman ruzaimi. tapi awat tua pulak dah 50++ |
|
|
|
|
|
|
|
Lahhhh... Lebih kurang nama / brand Rizman Ruzaini... Siapa jadi fesyen designers dulu?
Mcm xde nama lain. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya aqo.dia budak baik. berbudi bahasa . mesti ada provokasi jugak sampai dia naik angin hutang dah lama dua kelempok buat bodoh je pulak pastu acah ..geram la kawan tu ..semoga dipermudahkan urusan aqo |
|
|
|
|
|
|
|
Parit.Hilton replied at 10-1-2025 12:00 AM
aqo imran ke uols
iyaa uolls..bila dgor si RR pelesu ni komen,mmg ptot la ko kena hempuk...baya la weiii hutang org.. |
|
|
|
|
|
|
|
zeitabaei replied at 10-1-2025 12:13 AM
kesian nya aqo.dia budak baik. berbudi bahasa . mesti ada provokasi jugak sampai dia naik angin huta ...
bibior kelempuk ni da sama ngn vidah da...tebal semacm.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|