Dia mahu isterinya itu memberi sepenuh perhatian kepada keluarga apatah lagi anak bongsu mereka iaitu Abd Zayden Ghouse, 4, menghidap autisme.
Abdul Zackery memberitahu dia tampil membuat penjelasan berhubung isu rumah tangganya kerana mahu mempertahankan hak anak-anak mereka yang diabaikan Zahnita.
Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.
Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.
Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Kemudian pada 3 Disember 2024, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
Abdul Zackery turut ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan susulan aktres itu mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Abdul Zackery bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuatan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya.
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada tahun 2013.
Pasangan itu bagaimanapun kembali berbaik selepas Abdul Zackery memujuknya.
Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005.
Selain Abd Zayden, pasangan itu turut dikurniakan tiga orang lagi anak iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, dan Zahlia Syawwal, 8 tahun.