CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 35796|Reply: 20

[Tempatan] Ada sahaja perempuan yang muka bangun tidur pakai singlet..Awas ketika ambil gambar dalam bulatan atau frame yang diberikan,rupanya mengambil gambar keseluruhan termasuk kepala dan badan.

[Copy link]
Post time 5-1-2025 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 5-1-2025 11:30 PM

ZAMAN maju masa kini, banyak urusan dapat diselesaikan melalui atas talian sahaja. Namun begitu, sesetengah aplikasi memerlukan seseorang itu membuat pengesahan muka untuk padanan dengan data peribadi kita.



Jika anda perasan, setiap kali diminta untuk menangkap gambar, pasti kita dikehendaki meletakkan muka dalam bulatan atau frame yang diberikan.

Oleh sebab itu, ramai antara kita yang mengambil jalan mudah hanya memakai secara formal di bahagian tersebut sahaja. Pada hakikatnya, aplikasi berkenaan rupanya mengambil gambar keseluruhan termasuk kepala dan badan.

Seorang pengguna di laman Facebook, Nordin, tampil meluahkan kebimbangan terutamanya dalam kalangan wanita kerana pengesahan muka tersebut dilakukan tanpa memakai tudung atau berpakaian elok.

“Gambar itu ada yang akan disahkan oleh manusia. Maksudnya ada orang lain yang tengok gambar selfie tersebut untuk tujuan pengesahan sama ada gambar sepadan atau tidak dengan kad pengenalan,” jelasnya

Beliau turut berpesan kepada golongan wanita terutamanya muslimah supaya berpakaian lengkap.

“Jadi tolong pakai baju, jangan sekadar bersinglet atau langsung tiada benang di badan, terutama para wanita. Yang Muslimah pun jangan lupa bertudung sebab ramai beranggapan yang buat pengesahan muka ini diperiksa oleh robot. Dia ambil gambar laju-laju dalam keadaan santai di rumah sambil fikir tiada siapa yang akan nampak badan dia,” ujar Nordin

Dalam pada itu, perkongsian yang mendapat perhatian dari ramai orang itu turut diperkuatkan lagi apabila terdapat seorang pegawai bank turut menasihatkan perkara sama.



“Saya kerja bank dan ya, benda ini betul. Saya buat pengesahan muka, ada sahaja perempuan yang muka bangun tidur pakai singlet. Kalau yang teruk sangat saya reject sahaja walaupun muka nampak macam kad pengenalan sebab nanti gambar tersebut bank simpan sebagai data sampai bila-bila. Walaupun tutup akaun, bank simpan data itu online, selamanya,” komen beliau.

Jadi, sesiapa yang membuat urusan secara atas talian di aplikasi, pastikan dalam keadaan yang bersedia terutamanya jika anda diperlukan untuk menangkap gambar.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
alamakm.rupanya omg..ingt muka je
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya habaq la sblm amik gambaq
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 11:31 AM | Show all posts
baru tahu weh
alamakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 12:07 PM | Show all posts
oh no bahaya nie nanti atas pakai tudung bawah baju tidur
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila...KECANGGIHAN MEMBAWA PADAH@KECELAKAAN'........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2025 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 6-1-2025 11:31 AM
baru tahu weh
alamakkkk

dh buat letew.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
crazypink replied at 6-1-2025 12:07 PM
oh no bahaya nie  nanti atas pakai tudung bawah baju tidur

Lelaki pon kena pakai tak(tudung)...???@'Safety first'()
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
crazypink replied at 6-1-2025 12:07 PM
oh no bahaya nie  nanti atas pakai tudung bawah baju tidur

Ok lg.. kot bogel lg best
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 12:23 PM | Show all posts
sebab tu kau jgn suka2 buka cam.  tampal apa2 stiker kalau tak guna.  even webcam kau pada lappy yang off pun accessible oleh puak2 iblis  
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhhh nasib baik la perangai aiol kalau tak bersiap mmg tak pasal la nak ambil gambar verification2 ni... Fuhhh selamat
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols selalu buat verification dalam kete

Sebab tenang
Jadi mmg bersiap lah
Hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 12:56 PM | Show all posts
keje dekat bahagian IT, bahagian audit akan check benda ni satu-satu

geleng-geleng kepala dorang tengok, ada yg nak membongak pun ada.. selfie muka org lain, ic muka org lain.. Ingat takde yg check lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 12:57 PM | Show all posts
Nak tanya pasal worldcoin tu apa eh? Betul ke untuk teknologi AI?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Logikla kan mmg  apa yg camera capture, shoulder and above
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 02:13 PM | Show all posts
Kalau camni boleh la. Bukannya kena amik selfie siap pegang IC kat sebelah. Macam banduan aje..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 02:43 PM | Show all posts
Skuau replied at 6-1-2025 12:13 PM
Lelaki pon kena pakai tak(tudung)...???@'Safety first'()

bahaya tak pakai tudung utk lelaki takut hujung tahun ada baby baru plak
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Haku ingatkan yang tengok muke tu AI..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 09:19 AM | Show all posts
ingatkan AI yang verify...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 11:20 AM | Show all posts
imagine kot penah ada yg bogel terus hahahahhahaha. bodoh la benda ni, apsal tak bagitau manusia yg kena verify. naya org
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050099 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list