View: 7433|Reply: 7
|
[Dunia]
Askar Israel cabut lari ketika bercuti di Brazil
[Copy link]
|
|
BRASILIA – Seorang askar Israel melarikan diri ketika bercuti di Brazil selepas mendapat tahu dia berdepan pertuduhan melakukan jenayah perang di Semenanjung Gaza.
Agensi berita United Press International melaporkan, askar yang namanya tidak didedahkan itu dituduh terlibat dalam operasi merobohkan rumah penduduk Gaza semasa perang Israel terhadap pergerakan Hamas.
Pihak berkuasa Brazil minggu lalu mengetengahkan kes itu berdasarkan aduan difailkan oleh pertubuhan pro-Palestin, Yayasan Hind Rajab (HRF).
Menurutnya, jenayah itu adalah sebahagian daripada usaha meluas untuk menindas rakyat Palestin termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan lain yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Insiden itu disahkan Kementerian Luar Israel kelmarin.
“Susulan percubaan hujung minggu lalu oleh anasir anti-Israel untuk menyiasat seorang askar tidak bertugas dan mengunjungi Brazil, Menteri Luar, Gideon Sa’ar segera mengaktifkan Kementerian Luar untuk memastikan bahawa dia tidak berada dalam bahaya.
“Sa’ar mengarahkan Bahagian Konsulat Kementerian dan Kedutaan di Brazil menemani askar itu sehingga dia selamat keluar dari Brazil,” kata kementerian berkenaan.
Pengumuman itu dibuat selepas HRF mengeluarkan amaran bahawa pihaknya mempunyai maklumat Israel cuba menyeludup keluar askar itu susulan langkah penyiasatan terhadapnya.
“Ini bukan sahaja skandal tetapi penghinaan terhadap kedaulatan dan kedaulatan undang-undang Brazil,” katanya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Susulan percubaan hujung minggu lalu oleh anasir anti-Israel untuk menyiasat seorang askar..."
anasir?
|
|
|
|
|
|
|
|
i teringat dulu ada poremer yg jd askar israel..apak dia meleis..mak nya israel..hidup lg x abg tu ek skrg...kan dia balik sana jd askar |
|
|
|
|
|
|
|
JohnDeSouza replied at 7-1-2025 11:48 PM
x ingat dh nama dia
Baghal bortugal or something nama dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
JohnDeSouza replied at 7-1-2025 11:48 PM
x ingat dh nama dia
Migdal_bavel kot kan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|