View: 28456|Reply: 14
|
[Tempatan]
Pempengaruh Man Kulim Peninnggg meninggal dunia
[Copy link]
|
|
Pempengaruh Man Kulim Peninnggg meninggal dunia
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
24 Disember 2024 09:45pm
Masa membaca: 2 minit
Man Kulim Peninnggg dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.
KULIM - Pempengaruh media sosial yang popular di Utara, dikenali sebagai nama Man Kulim Peninnggg dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di sini pada petang Selasa.
Berita pemergian personaliti dikenali ramai itu dimuat naik rakan, Mohd Zaki Salleh menerusi media sosial Facebook pada Selasa malam.
Menurut hantaran tersebut, Mohd Zaki memaklumkan bahawa Man Kulim adalah seorang yang ringan tulang dan suka membantu dalam usaha mengembangkan bisnes rakan.
"Innalillahhiwainnailaihiraajiuunn.... Al-Fatihah... salam takziah. Saya saksi bahawa Man Kulim seorang yang sangat baik, pernah bantu saya dalam bisnes kedai makan.
"Tak berkira dan sangat ringan tulang, semoga arwah Man Kulim Peninnggg ditempatkan bersama orang yang beriman," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Dimaklumkan, ibu kepada Allahyarham Man Kulim Peninnggg, Siti Asa Lateh baru sahaja dilaporkan meninggal dunia pada 11 Disember lalu.
"Tak sampai dua minggu arwah mak beliau meninggal, kini, petang tadi dalam anggaran jam 6 petang giliran beliau pula menyusul.
"Allah sebaik-baik percaturan yang menyusun semua perjalanan kehidupan semua insan Al-Fatihah," tulis beliau.
Difahamkan, urusan pengebumian dijangka disempurnakan di Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang.
Bagaimanapun, kesahihan mengenai perkara terbabit akan disahkan kemudian sebaik sahaja maklumat mengenainya diperoleh.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat Malaysia mati sebab makanan...innalillah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..
Meninggal sebab apa ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Man Kulim Pening dipercayai demam panas sebelum meninggal dunia
Oleh KOSMO!
24 Disember 2024, 9:28 pm
PETALING JAYA – Pempengaruh, Man Kulim Pening yang popular dengan telatahnya yang bersahaja di media sosial dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Berita duka pemergian Allahyarham disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebentar tadi.
Difahamkam, Man Kulim atau nama sebenarnya Burhan Che Mokhtar dipercayai mengalami demam panas sebelum meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.
“Dengan rasa penuh hiba dan rendah hati, kami ingin menyampaikan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarham Burhan Che Moktar atau Man Kulim yang telah kembali ke rahmatullah.
“Kehilangan ini sangat dirasai, namun kita percaya Allah SWT lebih menyayanginya.
Mai kita sedekahkan bacaan al fatihah kepada
Allahyarham Man Kulim, moga diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama para solehin,” katanya dalam hantaran di TikTok.
Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Kuala Muda, Kedah yang merupakan kampung halamannya. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols tk kenal pun arwah
Kata terkenal |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok arwah review makan pun buat aku insaf nk makan mcm2 |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 25-12-2024 07:03 AM
Tengok arwah review makan pun buat aku insaf nk makan mcm2
Kuss semangat tgh badan dan muka dia berlapis dagu sambil review mknn |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah hanya orang medsos aje, bukannya artis pun.. Sesuai juga dengan bod isu semasa ini..
|
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah
overdose cheese leleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Iols baru kenal.nama.nya bila dia meninggal
|
|
|
|
|
|
|
|
Umur berapa arwah
Nampak macam muda lagi
Tapi gigi banyak dah takda
Cmne boleh makan banyak2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 25-12-2024 12:32 AM
Iols tk kenal pun arwah
Kata terkenal
i & ramai lagi pun... tak kenal.
terigt arwah abam.. meninggal sbb demam panas jugak kan. size sama |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 25-12-2024 09:06 AM
Umur berapa arwah
Nampak macam muda lagi
Tapi gigi banyak dah takda
terus i click video atas... tu la gigi tkde macamana masuk perut. tak gigit sampai lumat kah terus telan. Zaman modern camgini boleh je buat treatment @ pasang denture pun ok. tapi kenapa memilih utk hidup macam zaman perang tak boleh nak visit dentist . tang makan elok pulak nak baguih2
eh. sorry . ter ckp pasal org dah meninggal. peringatan ni utk yg masih hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah meninggal bln 10
Mak meninggal awal bln 12
Arwah meninggal hujung bln 12
Al Fatihah untuk kesemuanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|