Minyak masak bernilai lebih RM 150,000 termasuk mesin memproses di sebuah kilang pembungkusan di Simpang Tiga Kampung Genting, Tumpat telah dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan. Operasi yang disertai 15 anggota KPDNKK itu bertindak selepas mendapat maklumat orang ramai yang melaporkan kilang pembungkusan itu mengeluarkan minyak masak untuk diseludup ke Thailand. Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun, berkata kepada Berita Harian, pihaknya merampas 765 kg minyak masak yang siap dibungkus dan 20,650 kg minyak masak di dalam tangki. "Kami mendapati mereka juga tidak menyatakan dengan jelas aktiviti keluar masuk minyak masak di dalam buku stok jualan untuk mengaburi mata pihak berkuasa. "Tindakan ini mengelirukan pihak kami sama ada minyak masak di sini dijual kepada orang ramai atau penyeludup. Pihak kami mengambil tindakan merampas minyak masak dan menyita kilang untuk tujuan siasatan."
Kes akan disiasat di bawah Peraturan 13(3) Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Jarak kilang yang terlalu dekat dengan sempadan menjadikan mereka mudah untuk menjalankan aktiviti penyeludupan minyak dan kilang tersebut sudah pun beroperasi selama 10 tahun. KPDNKK turut mendapat kerjasama agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras masalah ini seperti pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) dan Pasukan Polis Marim (PPM). -CARI |
30
Bagus |
22
Marah |
29
Terkejut |
19
Sedih |
35
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT