Pelakon Lufya Omar menolak dakwaan perkahwinannya yang bakal dilangsung pada November nanti menemui masalah atau dibatalkan.
Ura-ura tersebut timbul bila Lufya dilaporkan membatalkan satu sidang media bagi mengumumkan perkahwinannya dengan tunangnya iaitu Che Muhammad Hafiz pada Oktober lalu. Menjawab segala persoalan itu, Lufya menerusi Mstar Online berkata dia sedang sibuk membuat persiapan dan memohon maaf kerana terpaksa membatalkan sidang media terbabit. "Saya mohon maaf terpaksa batalkan sidang media tersebut kerana masalah dalaman antara lokasi penaja dengan pihak kami. Namun, majlis perkahwinan akan tetap diteruskan dan persiapan perkahwinan dilakukan secara sederhana sahaja. "Apa yang penting ialah perkahwinan itu dirahmati Allah dan kehidupan selepas berkahwin perlu dirancang dengan baik dari sekarang," katanya.
Dalam pada itu, Lufya nampaknya masih berahsia tentang tarikh sebenar perkahwinannya itu. "Insya-Allah pada November ini dan tarikhnya nanti saya akan beritahu. Kami sudah buat keputusan untuk melangsungkan pernikahan dan resepsi pada hari yang sama," katanya lagi. Tak mengapalah, moga segalanya nanti berjalan dengan lancar. Amin. - CARI |
20
Bagus |
19
Marah |
23
Terkejut |
16
Sedih |
14
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MH3703 replied at 31-10-2016 06:22 PM
takdelah lawa pun minah ni...mcm keling aje rupa
ps: sangkak sangat kad kawin ko lufya oii,, ...
mrsqueen replied at 31-10-2016 10:27 AM
yess i pon berbulu je tengok doctors kalau kawen hadap sangat nak bubuh title doc tu kt kad kahwen ...
ADVERTISEMENT