Selalu saja kita tutup hidung ketika bersin. Tapi tahukah anda apa risikonya bila menutup hidung semasa bersin? Bersin adalah suatu reaksi apabila terdapat gangguan asing yang masuk melalui hidung di mana ketika anda bersin, udara kotor dari paru-paru dikeluarkan melalui hidung. Ada juga yang keluar melalui mulut. Semasa bersin, udara keluar dengan kuat disertai hentakan dari lubang hidung dan mulut. Partikel seperti habuk dan mikrob (kuman) ini akan keluar melalui hidung atau mulut. Menurut laman Boldsky, kelajuan udara yang keluar ketika bersian mencecah 160 kilometer per jam. Jadi, jika anda menghentikan bersin secara tiba-tiba, tekanan akan dialihkan ke bahagian tubuh lain seperti telinga yang kemudian dapat meretakkan gegendang telinga dan menjejaskan pendengaran.
Selain itu, tekanan udara yang terperangkap akan mengakibatkan kerosakan pada mata kerana pembuluh darah dalam mata terluka. Menghentikan bersin juga mampu menyebabkan kecederaan pada leher dan diaphgram. Walaupun jarang berlaku, ia mampu menyebabkan strok kerana pecahnya pembuluh darah di otak. Bagi sesetengah orang, mereka mungkin berasa segan untuk bersin di tempat awam dan cuba menahan diri dari bersin mungkin merupakan tindakan sopan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Namun, tindakan ini tidak baik untuk kesihatan. JANGAN sesekali tutup hidung ketika bersin. Paling tidakpun, tutuplah hidung dengan kain atau tangan ketika bersin. Dari sisi Islam, hadis Hasan Sahih Riwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah R.A berkata: (Apabila Rasul s.a.w bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya kemulutnya(untuk menutup) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin). Bagaimana? Sanggupkah anda merisikokan kesihatan diri demi melindungi perasaan orang lain? - CARI
|
17
Bagus |
14
Marah |
20
Terkejut |
36
Sedih |
20
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SalenaGomez replied at 31-10-2016 03:25 PM
Bersin kan salah satu cara badan kita nak keluarkan kuman or benda asing dr badan...so kalau tutup h ...
mizduches replied at 31-10-2016 03:40 PM
tapi paling geram bila kita dah ready nak bersin tetiba tak jd lak nak bersin... frust gilos
Star_el replied at 31-10-2016 03:27 PM
baca komen2 ni baru aku tau mmg ada org yg picit hidung time bersin
supernaturalee replied at 31-10-2016 05:42 PM
hahaha
me also
Ms_bumbo replied at 31-10-2016 05:11 PM
mizduches, bak kata Nabil.. Bersin singgah.. haha.. geram je kan kalau terbantut bersin tu..
framecermin replied at 31-10-2016 07:34 AM
org lelaki bersin, bunyi kuat macam nak roboh rumah
watie_na replied at 31-10-2016 06:29 AM
ooo.. aku mmg picit hidung bila bersin. sebab bersin tak lalu kot hidung, tapi lalu kot tekak. sakit ...
ADVERTISEMENT