CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hidangan Laksa Terbesar Hanya Cipta Rekod Membazir Dalam Malaysia Book Of Records

31-10-2016 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5588| Komen: 12|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Suatu pembaziran hebat! Itulah yang berlaku Jumaat lalu apabila hidangan laksa dengan kuantiti cukup untuk dimakan 1500 orang dibuang begitu sahaja.
Suatu pembaziran hebat! Itulah yang berlaku Jumaat lalu apabila hidangan laksa dengan kuantiti cukup untuk dimakan 1500 orang dibuang begitu sahaja.


Sumber foto: Malay Mail Online

Menurut laporan The Borneo Post, Sarawak berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records apabila sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, menyediakan hidangan laksa Sarawak terbesar.

Bagaimanapun, kuantiti bahan adalah sangat melampaui batas apabila membabitkan penggunaan 225kg mihun, 90 kg udang, 1008 biji telur dan 80 kg ayam, sebagai antara bahannya. Malahan, ia mengambil masa hampir 18 jam untuk dimasak.


Sumber foto: BERITAVIRAL.CLICK


"Semua laksa akan dibuang kerana ia tidak baik untuk kesihatan," kata penganjur, Debra Sim.

Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai di mana kebanyakannya mengecam tindakan itu selain menganggap tindakan penganjur adalah kurang bijak.


Sumber foto: FB Plaza Merdeka

Netizen berharap Malaysia Book of Records membuat satu peraturan di mana makanan itu sepatutnya boleh dimakan dan tiada pembaziran berlaku untuk membolehkan pencapaian itu direkod.



Sehubungan itu, Pengurus Besar Plaza Merdeka, Cheah Kheng Mun menjelaskan tindakan itu dibuat pihak pengurusan dan penasihat makanan selain berterima kasih atas perhatian orang ramai mengenai isu itu.

"Kami berterima kasih kepada orang ramai yang membincangkan isu ini di media sosial. Bagi pihak pengurusan, kami tiada sebarang komen dan kami mengalu-alukan tindak balas berharga daripada mereka," katanya.

Selain itu, pusat beli-belah itu turut mengagihkan 1500 mangkuk laksa yang dimasak lain kepada orang ramai keesokan harinya sebagai sambungan daripada acara mempromosikan juadah tradisi Sarawak itu ke peringkat antarabangsa.


Sumber foto: The Borneo post

Walaupun rekod kejayaan dicatat, pembaziran besar-besaran berlaku. Tidakkah itu suatu tindakan sia-sia? - CARI

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
27

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 31-10-2016 11:45 AM
laksa sarawak x berapa kena dgn selara akak....
Quote Star_el 31-10-2016 12:13 PM
"Semua laksa akan dibuang kerana ia tidak baik untuk kesihatan," kata penganjur, Debra Sim.

Serius dia cakap gini??
Weh menangis baca laksa kena buang. Pelisla takyah buat rekod dgn makanan gini dah. Rekod SS.
Quote ronapink 31-10-2016 12:33 PM
gambar yang pertama tu,

risau la takut2 4 orang tu terjunam dalam mangkuk tu..
Quote matseh 31-10-2016 02:11 PM
Aku cakap hangpa tak percaya. Apa kisah, Kita semua mewah, makanan buleh di buang. Tapi pakat dok hingaq minyak masak naik sekupang dua. Patutnya, minyak masak tu naik 2 hinggit sekilo.
Kita masih mewah. Kata rakyat tertekan konon, sapa percaya, LKS,LGE,TGHHA,TUN M,TSMYA,DSAZH,DSAM mana depa percaya.
Quote nononcrux 31-10-2016 03:04 PM
Star_el replied at 31-10-2016 12:13 PM
"Semua laksa akan dibuang kerana ia tidak baik untuk kesihatan," kata penganjur, Debra Sim.

Seriu ...

mungkin dia pakai bahan dah expired .. eloklah dibuang kot ..
Quote Skuau 31-10-2016 03:53 PM
Tak minat ngn rekod terpanjang,terbesar,terbanyak....
Quote framecermin 31-10-2016 04:19 PM
Membazir... tapi kalau lepas laksa tu dibagi2kan, yg makan tu sakit perut lagi haru.
Quote nut.legacy 31-10-2016 04:55 PM
nampak la masak laksa tu sekadar nk capai rekod.. esok masak baru lg.. nk cover bg org mkn
Quote ReginaBeauty 31-10-2016 05:13 PM
What a waste..

Tapi kalau boleh makan and bagi free I still chose not to eat lol  
Quote aksaradhia 31-10-2016 05:20 PM
membazir x hengat.. sedihh
Quote Lollipop111 31-10-2016 09:58 PM
Takperlah, biarkan ia menjadi pengajaran berharga utk kita semuaa...
Quote chinta89 2-11-2016 02:06 PM
kate bodoh kan marah plk

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.219403 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top