Pakistan menjadi sasaran serangan militan lewat malam tadi. Sebuah pusat latihan polis di Quetta diserang tiga anggota militan yang lengkap dengan vest sarat letupan dan dilihat memasuki perkarangan akademi terbabit. Menurut Menteri Dalam Negeri Pakistan, Sarfaraz Bugti yang ditemui di lokasi serangan, penyerang menjadikan menara pengawasan sebagai sasaran pertama sebelum menyerbu bangunan utama. Menurut laporan Reuters, sekurang-kurangnya 48 terbunuh manakala 118 yang lain cedera dalam kejadian tersebut. Berdasarkan laporan pihak polis, enam penyerang memasuki bangunan pusat itu dan mula menembak rambang di pusat berkenaan dan penyerang juga dipercayai menahan tebusan.
Laporan oleh Kementerian Kesihatan negara itu berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh terdiri daripada pelatih pusat berkenaan. Bagaimanapun, setakat ini dua daripada anggota militan telah berjaya ditembak mati dalam operasi menyelamat yang turut disertai tentera Pakistan. Ini adalah kematian ketiga paling tinggi dalam insiden membabitkan serangan militan di negara itu tahun ini.- CARI |
24
Bagus |
25
Marah |
25
Terkejut |
23
Sedih |
34
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bedah.Cun replied at 25-10-2016 10:09 AM
Sian hadek polis tangki jus soya pakistanis
pyropura replied at 24-10-2016 02:55 PM
... bila dengor org Paki bercakap, semuanya best in the world
ADVERTISEMENT