CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1601|Reply: 4

Sekurang-kurangnya 48 Terbunuh Dalam Serangan Militan Di Akademi Polis Pakistan

[Copy link]
Post time 25-10-2016 09:54 AM | Show all posts |Read mode




sumber foto: http://www.reuters.com/



Pakistan menjadi sasaran serangan militan lewat malam tadi.


Sebuah pusat latihan polis di Quetta diserang tiga anggota militan yang lengkap dengan vest sarat letupan dan dilihat memasuki perkarangan akademi terbabit.


Menurut Menteri Dalam Negeri Pakistan, Sarfaraz Bugti yang ditemui di lokasi serangan,  penyerang menjadikan menara pengawasan sebagai sasaran pertama sebelum menyerbu bangunan utama.


Menurut laporan Reuters, sekurang-kurangnya 48 terbunuh manakala 118 yang lain cedera dalam kejadian tersebut.


Berdasarkan laporan pihak polis, enam penyerang memasuki bangunan pusat itu dan mula menembak rambang di pusat berkenaan dan penyerang juga dipercayai menahan tebusan.


Laporan oleh Kementerian Kesihatan negara itu berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh terdiri daripada pelatih pusat berkenaan.


Bagaimanapun, setakat ini dua daripada anggota militan telah berjaya ditembak mati dalam operasi menyelamat yang turut disertai tentera Pakistan.


Ini adalah kematian ketiga paling tinggi dalam insiden membabitkan serangan militan di negara itu tahun ini.- CARI

sumber foto: http://www.reuters.com/

sumber foto: http://www.reuters.com/

sumber foto: http://www.samaa.tv/

sumber foto: http://www.samaa.tv/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2016 10:09 AM | Show all posts
Sian hadek polis tangki jus soya pakistanis
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 10:11 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 25-10-2016 10:09 AM
Sian hadek polis tangki jus soya pakistanis

birah nya kak bed
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
... bila dengor org Paki bercakap, semuanya best in the world
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 10:58 AM | Show all posts
pyropura replied at 24-10-2016 02:55 PM
... bila dengor org Paki bercakap, semuanya best in the world

Nanti deyouls apom pon best in the world hummpppp.... hummpppp.... hummppp depan belakang uols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.531281 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list