Dua kali merangkul Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), Aaron Mustapha Aziz, 40, menyatakan hasrat menunaikan umrah bersama isteri dan anak-anak pada November depan.
Menurut Aaron, kunjungannya ke Tanah Suci buat kali ketiga ini lebih bermakna dengan kehadiran anak dan isteri, sekali gus memberi peluang kepada mereka membuat persiapan untuk ibadat haji. "Inilah kali ketiga saya ke Makkah bagi menunaikan umrah. Istimewanya, ibadat kali ini turut disertai ketiga-tiga anak kami. "Saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan ibadat haji, suatu hari nanti. Doakan semoga semuanya berjalan lancar," katanya kepada BH Online.
Aaron dan pasangan, Diyana Halik, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 11, Dwi Ariana, 9, dan Dahlia Arissa, 5. Dalam pada itu, Aaron menjelaskan kepada peminat yang tertanya-tanya mengenai kariernya bahawa dia sibuk dengan sesi penggambaran. "Saya baharu saja selesai menjalani penggambaran drama di Singapura selama tiga bulan. Saya juga tidaklah menghilangkan diri, sebaliknya sibuk dengan penggambaran. "Pada masa sama, menjadi lumrah apabila nama seseorang artis itu tenggelam timbul. Begitupun, saya bersyukur kerana peminat sentiasa menyokong kerjaya seni saya," kata Aaron. Kepada peminat Aaron, anda boleh saksikan lakonannya menerusi filem aksi komedi Hong Kong, Special Female Force. Semoga Aaron terus bahagia di samping keluarga tersayang dan terus sukses dalam bidang lakonan. - CARI |
16
Bagus |
16
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
3
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zuri154 replied at 21-10-2016 05:40 PM
restauran heols yg kt setia alam tu pasal apa dari ground floor naik level 1? tak laku ka smpi cari ...
ADVERTISEMENT