Alahai untungnya menjadi lelaki kacak! Kalau dulu agensi model akan mencari mereka yang berwajah kacak untuk dijadikan model terkenal.
Kini, tak perlu harapkan semua itu untuk jadi popular dan viral sekelip mata. Lihat sahaja berapa doktor dan cikgu kacak yang telah diviralkan di laman sosial? Terbaru, seorang polis bantuan telah menarik perhatian netizen bila dikatakan bukan sahaja berwajah jambu, malah ringan tulang pula membantu pengunjung di situ. Untunglah, bukan sahaja disukai malah kini semakin ramai mengenalinya dan yang penting digilai para pelancong asing! Wah, nampak macam kisah dongeng kan, namun itulah yang terjadi kepada Lee Minwei, 22. Kini, tempat dia bekerja iaitu Lapangan Terbang Cangi telah mengambil inisiatif dan tak mahulah jadi 'outdated', mengambil keputusan untuk mendedahkan identiti polis bantuan ini selepas di menjadi viral sejak minggu lalu. Satu keputusan yang bijak juga kerana pihak Cangi Airport turut mendapat 'tempias' bila pekerja di situ menjadi viral. Melalui laman Facebook rasminya, Cangi Airport secara sukacitanya menguar-uarkan tentang Lee. Katanya, selepas bekerja di situ selama 7 bulan, antara pengalaman paling menarik adalah menjadi terkenal dan viral selepas gambarnya sedang bekerja di situ dikongsi beribu-ribu netizen. "Ada masanya pelancong minta bergambar bersama, namun ia sebenarnya sesuatu yang saya tak pernah sangka terjadi. "Ia memang mengejutkan, rakan-rakan dan juga ahli keluarga selalu mengusik saya," antara yang dikongsikan Lee. Daripada komen yang diterima, terdapat pelbagai reaksi yang dilemparkan termasuklah komen yang nampak serius namun berbaur lucu. "Saya rasa perkara paling penting yang para gadis di luar sana nak tahu ialah, terminal mana satukah Lee bekerja dan bilakah shift bekerjanya?" "Memang bijaklah Cangi Airport! Ambil peluang dengan benda viral ni!" "Saya rasa perlu pergi ke Cangi Airport sekarang! haha!" Jadi, bagaimana? Teringin nak ke Singapura sekarang? - CARI
|
28
Bagus |
39
Marah |
24
Terkejut |
12
Sedih |
18
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fishcracker replied at 19-10-2016 08:19 PM
Bam polis bantuan KLIA2 pun tak kurang hensemnye,..tataw iol nak tepek
febreze replied at 19-10-2016 08:43 PM
tepekla nok..
nak tgk gk hotdog berurat havang2 mlyu klia
RatuDunia94 replied at 19-10-2016 10:06 PM
Tetap x bleh lawan Chai Wala dr Pakistan.. Si mata biru.... Siap dh dpt modelling contract!
bintangct replied at 19-10-2016 11:43 PM
Handsome nyerr
Siapa dia ni
Ferr_Remy replied at 20-10-2016 12:34 AM
Chai Wala hensem..??? Kakakakaka
bintangct replied at 20-10-2016 12:57 AM
Muka jantan bukan muka jambuuuuu
Hensom la
RatuDunia94 replied at 19-10-2016 11:59 PM
Chai Wala.. Penjual teh kt Pakistan.. Tgh viral skrg kt sana sbb berwajah model.. Mata biru.. Dh d ...
ADVERTISEMENT