Disebabkan berdiri terlalu rapat dengan teman lelaki, seorang wanita telah dirotan di khalayak orang ramai. Namun, jeritan sakit yang menyayat hati wanita tersebut pula menjadi ejekan masyarakat.
Berdasarkan laporan Daily Mail United Kingdom, seorang wanita yang berasal dari Acheh telah dirotan sebanyak 23 kali secara terbuka di kawasan luar sebuah masjid pada 17hb lalu iaitu hari Isnin. Alasannya adalah dia telah didapati berdiri terlalu rapat dengan teman lelakinya, dan dikatakan telah melanggar hukum hudud Islam di kawasan tempatan. Manakala apabila wanita itu menjerit akibat sakit dirotan, kelihatan orang ramai yang berada di lokasi pelaksanaan hukuman mentertawakannya. Acheh adalah satu-satu wilayah yang melaksanakan hukum hudud Islam, jadi orang-orang yang berjudi, minum arak atau melakukan hubungan homoseksual semuanya akan dihukum rotan. Pasangan lelaki atau perempuan turut tidak dibenarkan ada sentuhan tubuh badan, pelukan, ciuman dan lain-lain aksi yang terlalu mesra.
Difahamkan, wanita tersebut adalah satu-satunya orang antara 13 orang yang lain yang dihukum rotan akibat melanggar hukum hudud, lingkungan umur mereka adalah antara 21 hingga 30 tahun.- CARI |
mirandanicky1: Kasihan pulak...mcm diaibkan dikhalayak ramai pun ada
ADVERTISEMENT