CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suka Hati Sayalah Nak Kahwin Kat Siam - Awie

12-10-2016 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9867| Komen: 48

Penyanyi Rock dan pelakon 'legend' tanah air, Awie menegaskan tindakannya berkahwin di Siam tidak berkait dengan apa-apa kesalahan. Penyanyi itu selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Sharifah Ladyana Syed,  7 Oktober lalu kira-kira pukul 12 tengah hari di Songkhla, Thailand.



Sumber foto: Harian Metro

Awie menjelaskan mereka bukan bernikah secara sembunyi, malahan pihaknya mengadakan kenduri besar-besaran yang dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

"Sebenarnya saya tidak faham kenapa lokasi perkahwinan saya menjadi satu isu besar seolah-olah saya melakukan jenayah berat.

"Kenapa saya pilih berkahwin di Thailand itu adalah hak saya dan ia bukan kesalahan." katanya kepada mStar.


Tambahnya lagi, dia memilih berkahwin di negara jiran itu kerana asal-usul keturunan keluarganya berasal dari Thailand. Menurut Awie, dia terkejut apabila terdapat laporan bahawa dia boleh dipenjarakan hanya kerana berkahwin di luar negara.

"Saya bukannya bodoh dan tahu mengenai undang-undang yang memperuntukkan tempoh enam bulan untuk mendaftarkan perkahwinan saya di negara ini.

"Cuma rasanya tidak perlu saya nak heboh kepada umum bila atau di mana saya akan daftar perkahwinan saya," katanya lagi.

Sementara itu, Awie juga menyatakan dia dalam proses mendaftarkan perkahwinannya mengikut undang-undang di negara ini. - CARI


Sumber foto: mStar

14

Bagus
40

Marah
19

Terkejut
26

Sedih
22

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (156 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mirandanicky1 12-10-2016 05:12 PM
Apa2lah kita semua nk.sebuk apsal. Sukahati dialah..duit dia bini dia life dia. Tp kan abg awie sbb awk tu retis la maka fans ni terlalu prihatin psl awak. That's the price u have to pay.
Quote esteryen 12-10-2016 05:32 PM
Edited by esteryen at 12-10-2016 05:35 PM

Kelakar pula AbangNara kat post Awie ni dalam BeautifulNara tu

"Wow. Siapa sangka susur galur keturunan Awie sebenarnya adalah keturunan Raja Siam. Memang Abang Nara dah nampak lama dah aura seorang raja dan pemimpin setiap kali melihat wajah Awie, tetapi tak sangka lah pulak keturunan Raja. "

Aura raja      
Quote Mr_Nenas 12-10-2016 06:43 PM
Hihi sekali asal thailand laaa
Quote cikkittydiva 12-10-2016 06:47 PM
Edited by cikkittydiva at 12-10-2016 06:50 PM

aku penah jumpa awie ni depan2.. dia mmg type katik...tp kulit dia halus mulus..bibir merah.. tgn halus..putih merah2..no wonder la asal siam.. cuma aku nakkk sgt dia kawin dgn erra... nape tah mcm serasi je dia dua org tu.. tp dah jodoh xde nak buat gapo..  slmt perantin baru sawie..    
Quote boyagombak 12-10-2016 07:33 PM
cikkittydiva replied at 12-10-2016 06:47 PM
aku penah jumpa awie ni depan2.. dia mmg type katik...tp kulit dia halus mulus..bibir merah.. tgn ha ...

Boya pun susur galur asa Pattani jgk. Byk org Perak & Kedah asa usu Pattani. Oghang Pattani ni nak habaq mai dia x kaco2 oghang tp kalu mu dok kaco dia mengkalu muko sembam makang tanah
Quote ninja boy 12-10-2016 07:35 PM
biasala pemikiran malaysia org asal nikah siam ja mesti dikatakan kawin lari, kawin x restu atau takut bini no 1 gituh.
Quote imransulaiman 12-10-2016 08:05 PM
Kalau nikah luar negara ni, lepas tu nak daftar dalam negara, kursus kahwin semua tu perlu tak? Ada denda kena bayar tak?
Quote MH3703 12-10-2016 08:16 PM
nak jimat kos ke awie kawin kat siam ni?
Quote spankee_fili 12-10-2016 08:18 PM
selamat pengantin baru bam awie..
moga ketemu kebahagiaan yg dicari..
Quote mieymiey 12-10-2016 08:22 PM
Entah porumer ni sebok jer, kan abam Sawie kan? Wahai Raja Siam. Amfun Tuangku
Quote AyaqMeloSuam 12-10-2016 09:16 PM
Sama ja mcm kawen kt negara len... UK ka...Ostolia ka.. Indon ka... pokoknya RUKUN NIKAH dipenuhi ya tuan puan.. ( terngomong seberang pulak )
Bezanya Siam tu sinonim buat Nikoh lari... klu kawen kt UK ka... org ckp...oooooo...depa nikah kt obersiiii
Quote jerungmasam 12-10-2016 11:25 PM
mieymiey replied at 12-10-2016 08:22 PM
Entah porumer ni sebok jer, kan abam Sawie kan? Wahai Raja Siam. Amfun Tuangku

Celah mana dia buley tetiber jd keturunan raja siam nih...     
Quote Jerambut 12-10-2016 11:41 PM
bila dia cakap gitu, teringat aku kat Kapilla... muka penyanyi utama dia macam nak serupo dah...
dan penyanyi tu boleh nyanyi Siam... hohoho (yg kemungkinan besar sama macam awie, ada baka Siam)
Quote Jerambut 12-10-2016 11:42 PM

Quote Manjahati 13-10-2016 12:14 AM
esteryen replied at 12-10-2016 05:32 PM
Kelakar pula AbangNara kat post Awie ni dalam BeautifulNara tu

"Wow. Siapa sangka susur galu ...

Heee heee aura raja ler sangaaattt
Quote mieymiey 13-10-2016 06:02 AM
jerungmasam replied at 12-10-2016 11:25 PM
Celah mana dia buley tetiber jd keturunan raja siam nih...

Ntah la chuols, kemungkinan ada bau bau kentut datuk nenek moyang beliyau keturunan Siam kot. Tapi haruslah claimed ittewww keturunan Raja
Quote Kak-Leen 13-10-2016 08:05 AM
Mcm sorang forumer ckp kat atas le.. This is the price you have to pay..
Quote sranua 13-10-2016 08:30 AM
Selamat Pengantin Baru...Keris kini bersepuh kembali...pulang ke sarung..
Saman kahwin kat Siam x salah dalam seribu kot..ape ade hal..duit berkepuk simpan buat apa.
Quote nurwa 13-10-2016 08:41 AM
memang suka hati kau nak nikah kat mana.
cumanya tak ikut undang2, perlu kebenaran untuk nak bernikah 1 hal, kebenaran nak poligami lagi, kan dia dengan rozana tu masih suami isteri.

x silap ai, memang hukumannya denda dan/atau penjara setiap kesalahan.

ni kesalahan ulangan awie kan..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.233361 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top