PENYANYI dan komposer terkenal, Faizal Tahir baru-baru ini telah dilantik menjadi duta bagi kempen ‘Azam Raya Bersama Watsons’ bersempena dengan kehadiran Aidilfitri tidak lama lagi. Menurutnya, pelantikannya sebagai duta rangkaian kedai kecantikan dan kesihatan itu telah memberi peluang buat penyanyi ini menghasilkan sebuah lagu raya berdasarkan azam raya yang dimuat naik oleh pelanggan Watsons. “Saya begitu teruja menjadi sebahagian daripada kempen ini, apatah lagi diberi peluang untuk mencipta sebuah lagu raya buat rakyat Malaysia. "Setiap azam yang dimuat naik melalui laman Facebook Watson akan diambil kira, di mana semakin banyak azam rakyat Malaysia yang dikongsi, maka lebih banyak inspirasi yang saya akan dapat untuk menghasilkan lagu ini,” ujarnya.
|
ADVERTISEMENT