Sesekali nak berada jauh dari hiruk pikuk kota, apa kata kita pergi ke sebuah tempat pelancongan yang pastinya akan membuatkan jiwa dekat dengan alam semulajadi. Terletak di Negara Sweden, Kolarbyn Eco-Lodge menjadi tempat pilihan bagi mereka yang mahu merasakan hidup seperti pada zaman primitif. Nak pergi ke tempat ini cuma memakan masa dua jam menggunakan kereta dari Bandar Stockholm. Ianya berdekatan dengan Skinnskatteberg dan Hutan Bergslagen. Sampai sahaja di sini, semuanya hijau dan diselaputi dengan lumpur dan rumput. Buah billberry dan cendawan tumbuh melata di kawasan sekeliling dan yang pastinya tempat ini adalah sesuatu yang sangat unik dan misteri.
Terdapat 12 pondok kecil di tengah-tengah hutan Sweden yang berbentuk seperti kelongsong dan hanya berlantaikan tanah dan rumput. Pondok-pondok di sini sangat tradisional dan mampu memberi cabaran kepada pengunjung kerana tidak banyak kemudahan selesa boleh didapati di sini. Tiada kemudahan elektrik, mandi atau apa-apa yang mewah dan semestinya ia sesuai dengan pencinta alam! Bangun pagi dengan menghirup secawan kopi di tepi tasik yang amat cantik serta waktu malamnya amat tenang bertemankan bunyian unggas hutan, unggun api serta melihat bintang-bintang di langit sambil berselimut kerana cuacanya yang dingin namun tetap mendamaikan. Berada di sini umpama berada di rumah kerana pengunjung yang akan menyiapkan makanan sendiri, tapi jangan risau kerana segala bahan mentah akan disediakan oleh pihak hotel. Umpama kembali ke zaman dahulu kala, tempat ini menawarkan sebuah pengalaman yang sangat berharga dan amat sesuai bagi mereka yang suka cabaran. -CARI |
16
Bagus |
21
Marah |
11
Terkejut |
24
Sedih |
24
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pencariey replied at 12-10-2016 01:02 PM
pakaian jgn mcm primitif jg sudahla..hehehe
ADVERTISEMENT