Disyaki akibat masalah keluarga, seorang wanita Melayu berumur kira-kira 30 tahun berpakat dengan suaminya yang berbangsa Pakistan untuk membunuh bapa kandungnya. Kemudian bertindak membohong pihak polis bahawa rumahnya disamun dan bapanya dibunuh oleh penyamun ketika dikurung. Tetapi selepas siasatan, pihak polis mendapati wanita tersebut dan suaminya adalah pembunuh yang sebenarnya. Kejadian pembunuhan tersebut berlaku di Pangsapuri PPR di Lake park, Setapak petang Khamis lalu. Menurut laporan akhbar Sin Chew Jit Poh, mangsa Abdul Azizi berumur 58 tahun dipercayai ditikam mati dengan senjata yang tajam dan mayatnya dibalut dengan tilam katil di dalam bilik tidur.
Pembohongan pasangan suami isteri tersebut berjaya dibongkarkan apabila pihak polis menjalankan soal siasat ke atas suspek dan mendapati wujud kemusykilan berhubung kenyataan yang diberikan setelah siasatan mendalam dijalankan. Setakat ini, pihak polis masih dalam usaha mengesan suaminya yang berbangsa Pakistan. |
20
Bagus |
25
Marah |
25
Terkejut |
24
Sedih |
26
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT