CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Warga Myanmar Maut Diserang Sekumpulan Lelaki Bersenjata

6-1-2017 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2142| Komen: 5

Description: Dipercayai hasil serangan sekumpulan lelaki bersenjata, empat lelaki warga Myanmar mati di tempat kejadian di Sri Serdang, Seri Kembangan malam tadi.

Dipercayai hasil serangan sekumpulan lelaki bersenjata, empat lelaki warga Myanmar mati di tempat kejadian di Sri Serdang, Seri Kembangan malam tadi.


Memetik laporan BH Online, kejadian tersebut berlaku kira-kira pada jam 10.10 malam, difahamkan kesemua mangsa yang juga pekerja sebuah kilang bersama 11 rakan lain dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka selepas tamat waktu bekerja. 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Fadzil Ahmat, kumpulan pekerja kilang terbabit didatangi dua kereta dinaiki suspek semasa melalui kawasan kilang yang sunyi. 

"Berdasarkan maklumat saksi, suspek terbabit keluar dari kereta dinaiki mereka dan terus menyerang mangsa sebelum empat daripada mereka disahkan mati di tempat kejadian."

"Tiga lagi mangsa lain cedera parah dan kini sedang mendapatkan rawatan."
 

Dilaporkan setakat ini polis sudah menahan lima individu bagi membantu siasatan selain mengenal pasti motif sebenar kejadian serangan berkenaan. 

Kini pihak polis sedang berusaha mengenal pasti punca utama sama ada mempunyai kaitan dengan masalah di tempat kerja, dendam atau masalah lain.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- CARI

sumber foto: 

13

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 6-1-2017 11:05 AM
Dah ada dah tt. Macam dejavu pulak
Quote kentel 6-1-2017 11:33 AM
basi dah....
Quote Vympel77 6-1-2017 11:57 AM
An eye for an eye and soon the world will be blind.

Mahatma Gandhi


:zz
Quote FARRAZOOL 6-1-2017 01:38 PM
Kes dendam ke??
Quote MasturaHassan 21-1-2017 03:45 PM
bahaya betul

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.041684 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top