Jun lalu, pembukaan sambungan jajaran LRT laluan Kelana Jaya sememangnya merupakan mod pengangkutan awam alternatif buat penduduk di sekitar kawasan Puchong, Subang dan Shah Alam. Laluan asal hanya 24 stesen bertambah menjadi 37 stesen, keadaan ini menyebabkan ramai pemandu kereta yang duduk di kawasan berhampiran stesen LRT mengambil keputusn cuba guna pengangkutan awam untuk pergi ke pejabat. Namun, adakah menaiki pengangkutan awam lebih menyenangkan berbanding dengan memandu kereta? Seorang warga kerja telah menulis satu rencana dalam akhbar The Star untuk berkongsi pengalamannya bahawa sebenarnya menaiki pengangkutan awam sedikit pun tidak berbaloi. " Sebagai penduduk Puchong, saya rasa amat gembira kerana laluan baru LRT disambung sehingga ke bandar saya dan hampir 500,000 penduduk di bandar tersebut akan memperolehi manfaatnya. "
" Saya amat gembira, selain memandu kereta, akhirnya saya terdapat alternatif lain untuk pergi bekerja." Warga kerja yang tinggal di Puchong tersebut difahamkan bertugas di Bandar Sungai Way dan dia mengambil keputusan menggunakan laluan LRT yang baru itu pergi bekerja. Minggu lepas, percubaan hanya untuk satu hari sahaja sudah memberi satu kejutan buat dirinya. Pada masa yang sama penulis tersebut turut tekad tidak akan menaiki LRT. Kenapa individu terbabit becakap begitu? Anda akan faham sebabnya selepas membaca penjelasannya seperti berikut. Kalau Naik LRT pergi kerja * Puchong LRT- Sunway BRT- Tempat kerja di Sunway = RM9 (pergi dan balik RM18) * Bayaran parkir di LRT = RM4 * Kos minyak memandu kereta ke stesen LRT = RM3 Purata sehari : RM25 20 hari kerja : (RM25X 20=RM500) Kalau pandu kereta pergi kerja *kos minyak = RM7.50 ( sebulan : RM150 ) * Kos parkir = percuma ( kawasan parkir di syarikat penulis adalah percuma) * kos laluan tol = RM4 Purata sehari : RM11.50 Kerja 20 hari : RM11.50X20 = RM230 Kesimpulan pertama : Naik LRT lebih mahal daripada pandu kereta pergi kerja Setelah membuat perbandingan, warga kerja tersebut beranggapan perbelanjaan harian untuk naik LRT lebih mahal daripada pandu kereta. Bagi dia situasi ini sangat melampau! "Saya benar-benar tidak faham kenapa dalam dunia ini pandu kereta lebih murah daripada menggunakan pengangkutan awam!" Menurutnya, sesetengah penduduk Puchong mengadu, perjalanan dari Puchong ke Subang Jaya, harus menghabiskan perbelanjaan sebanyak RM12. Tambahnya, Puchong dan Subang Jaya memang dikenali sebagai kawasan kesesakan trafik yang teruk dan pengangkutan awam pula begitu mahal. Keadaan macam ini siapa lagi ingin guna perkhidmatan LRT? Tegasnya, kos perjalanan sehala bagi LRT seharusnya RM3 sahaja. 2) Masa Perjalanan - LRT : Satu jam , Memandu kereta : 30minit Manakala satu lagi yang boleh dibuat perbandingan, sudah semestinya berapa lama masa diperlukan untuk sampai ke destinasi yang ditujukan. Kalau naik LRT pergi kerja * LRT Puchong - BRT Sunway - Tempat kerja di Sunway - masa diperlukan melebihi satu jam Kalau memandu kereta pergi kerja * waktu kemuncak yang sesak dengan kereta: 30 minit, waktu perjalanan lancar: 10 minit Kesimpulan kedua : Naik LRT mengambil masa lebih lama untuk sampai di pejabat Jarak perjalanan daripada Puchong sampai ke Subang hanya perlu 10km, kecuali kesesakan trafik, kalau tidak pandu kereta sekejap sudah sampai. Sebaliknya kalau naik LRT, masa yang diperlukan kira-kira satu jam, ini kerana ada berhenti di setiap stesen. Penulis juga menegaskan, ada kala LRT dipenuhi orang dan terpaksa menunggu LRT yang satu lagi, keadaan ini juga membazir banyak masa. Selain itu, perkhidmatan LRT negara kita juga sering mengalami masalah kerosakan sehinggakan ramai warga kerja lambat sampai ofis, gejala tersebut juga mengakibatkan penulis tidak jadi tetapkan niatnya untuk menaiki LRT dan tidak memandu kereta. Kesimpulan ketiga: Menaiki LRT mungkin akan mengalami masalah kerosakan Menurut penulis lagi, ramai menghadapi masalah semasa memohon kad diskaun untuk pelajar dan warga emas. Golongan tersebut perlu hadir ke kaunter yang terletak di stesen LRT Pasar Seni, barulah dapat mendaftar dan membuat permohonan, serta perlu tunggu selama dua minggu untuk kelulusan. Tambahnya syarikat LRT sepatutnya buka lebih banyak kaunter berkaitan bagi meudahkan orang ramai membuat permohonan kad diskaun. Berkenaan pembukaan tiga laluan baru LRT, penulis itu rasa amat kesal dan sedih, tetapi juga disebabkan adanya faktor tersebut di atas, menurutnya dia buat sementara waktu ini akan cuba elak menaiki LRT lagi.- CARI
|
21
Bagus |
13
Marah |
14
Terkejut |
22
Sedih |
13
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok replied at 30-9-2016 07:52 PM
rate dulu klu naik sikit pun masih ok
tapi kenaikan yang lalu ada yg sampai 100% dan lebih
ciwi1166 replied at 30-9-2016 07:36 PM
lrt ni masalah nye lambat. end up ko kene kuar awal, lebih awal dari orng yg bawak kete.
nak tuka ...
SalenaGomez replied at 30-9-2016 09:15 PM
Fed up la pengangkutan awam malaysia..camne laa diorg ni ..xbuat kajian dr pelbagai aspek ke before ...
ADVERTISEMENT