CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerencatan Sistem Brek Lrt Dibimbangi

30-3-2015 09:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6285| Komen: 20

Description: "Kegagalan (Di Ampang Park, Semalam) Menyebabkan Perkhidmatan Terganggu Selama Kira-Kira Tiga Jam Apabila Hanya Satu Landasan Dapat Digunakan Bagi Perkhidmatan Antara Pasar Seni Dan Stesen Damai," ...
Kerencatan Sistem Brek Lrt Dibimbangi


Rapid Rail Sdn Bhd bimbang mengenai masalah kerencatan pada sistem brek bagi tren empat koc yang belum diatasi kerana satu lagi tren mengalami gangguan perkhidmatan kelmarin, menyebabkan beribu-ribu pengguna terkandas semasa waktu puncak.

Rapid Rail, operator perkhidmatan LRT Rapidkl Laluan Kelana Jaya berkata, insiden pada Jumaat di Stesen Ampang Park pada 6.20 petang ialah yang keempat membabitkan sistem brek tren empat koc dengan insiden sebelumnya berlaku pada 11 dan 25 Feb, dan pada 18 Mac lepas.

"Kegagalan (di Ampang Park, semalam) menyebabkan perkhidmatan terganggu selama kira-kira tiga jam apabila hanya satu landasan dapat digunakan bagi perkhidmatan antara Pasar Seni dan Stesen Damai," kata Rapid Rail dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ia berkata, kerencatan sistem brek bagi kereta api empat koc itu masih gagal diatasi oleh pengeluar tren, Bombadier dan pembekal sistem brek, Knorr-Bremse.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Ahmad Nizam Mohd Amin bagaimanapun memberi jaminan bahawa keselamatan penumpang tetap menjadi keutamaan.

Beliau berkata, masalah itu tidak memberi kesan kepada keselamatan pengguna kerana sistem brek Aliran Kelana Jaya adalah dijamin selamat dan tren tidak akan bergerak jika sistem brek gagal berfungsi.

"Bagaimanapun, kerencatan itu memberi kesan kepada kebolehsediaan tren empat koc itu, menyebabkan kapasiti tren berkurangan terutama pada waktu puncak. Ini, seterusnya akan menyebabkan masa menunggu lebih lama bagi penumpang.

"Penggera awal tidak selalu berfungsi tetapi jika ia berfungsi, kami akan menghentikan perkhidmatan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh pelanggan kami," kata Ahmad Nizam.

Rapid Rail, Bombardier dan Knorr-Bremse sedang menjalankan siasatan mengenai insiden.

7

Bagus
12

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
12

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atekome 29-3-2015 11:17 AM
Gle teruk sbb tlalu tensen trus aku pi karoeke 3 jam kat ampang park..blk kui 10 lbih br ok tren..
Quote cmf_premierleag 29-3-2015 11:34 AM
Babi sangat laaa management rapid KL ni
Bulan mac ni je dah byk kali problem sana sini..time peak hour lak tu
Babi siallll laaaaa org2 yg kerje dgn rapid putra lrt ni
Quote mzzenma 29-3-2015 11:37 AM
Macam ni pun ada hati nak naik tambang
Ke ni memang cara untuk naikkan tambang..dgn alasan maintenance tinggi?
Quote oni313 29-3-2015 12:11 PM
diorg dah buat yg terbaik, tapi disebabkan design probem, tu yg yg terganggu banyak kali..

ada rapidkl post dlm FB diorg, kegagalan sistem brek pd semua tren 4 gerabak, manufacturer (bombardier) punya pasal...

tp tu la, management rapidkl mmg fail kalau bab2 annoucement ni, dah sesak teruk kat stesen baru inform, mmg kena maki la kow2...
Quote nemo0309 29-3-2015 12:31 PM
bila train ada masalah sepatutnya, pihak pengurusan block pengguna supaya jgn turun/naik ke tempat menunggu. bagi penjelasan & bagitau pengguna cari alternatif lain selain tunggu train. ini tak, dibiarkan semua orang turun/naik juga ke tempat menunggu. berjam-jam + bersesak-sesak menunggu train..
Quote AbukRokok 29-3-2015 12:32 PM
koc tersebut made in china ke apa
Quote dino 29-3-2015 12:53 PM
cmf_premierleag replied at 29-3-2015 11:34 AM
Babi sangat laaa management rapid KL ni
Bulan mac ni je dah byk kali problem sana sini..time peak h ...

kan pengeluar punya psl... sistem brek ade cela tu.... nak maki rapid kl pun tarak guna....
Quote dino 29-3-2015 12:54 PM
nemo0309 replied at 29-3-2015 12:31 PM
bila train ada masalah sepatutnya, pihak pengurusan block pengguna supaya jgn turun/naik ke tempat m ...

yg tu mmg silap management diorg tak warn awal2.... tp takleh celen ktm...
Quote aechae 29-3-2015 01:31 PM
klu kt stesen setiawangsa, even prob pg nk g keja pn pkul 8 gtu dorg tutup/turunkn pntu stesen tu x bg org msuk....keluar je boleh...a few time jugak lah tgk gini....rsanya depends on stesyen manager gak...proaktif ke x amek tndakan......klu yg lemau smpi ke sume buat bodo tu mmg lyk kita maki
Quote aechae 29-3-2015 01:33 PM
dino replied at 29-3-2015 12:54 PM
yg tu mmg silap management diorg tak warn awal2.... tp takleh celen ktm...

ktm tu mmg tahap legend lah.....dlu zmn kt upm iols mmg maki kt kaunter trus...in ur face gtuu
Quote dino 29-3-2015 01:35 PM
aechae replied at 29-3-2015 01:33 PM
ktm tu mmg tahap legend lah.....dlu zmn kt upm iols mmg maki kt kaunter trus...in ur face gtuu

seingat aku staff ktm dah la pemalas... sombong plak tu.... bisu
Quote cmf_premierleag 29-3-2015 01:46 PM
Kalo opis dpt parking, dah laaamaaaa sume org bawak keter
Tp sbb takde parking space, terpaksa la naik lrt bodo ni gak
Hoi SPAD!!! korang ni bahlol ke apa? X nampak ke management rapid putra ni tahap hanjeng?
Buat la sesuatu...sume org naik lrt yg problem ni ms time gi keje balik keje
Bukannya nk gi menyundal:
Quote nemo0309 29-3-2015 08:20 PM
dino replied at 29-3-2015 12:54 PM
yg tu mmg silap management diorg tak warn awal2.... tp takleh celen ktm...

semedang buat silap pengurusan rapid neh..

tapi pasepa lak ngan ktm? orait ka pengurusan dia?
Quote kasibiman 29-3-2015 08:29 PM
nemo0309 replied at 29-3-2015 12:31 PM
bila train ada masalah sepatutnya, pihak pengurusan block pengguna supaya jgn turun/naik ke tempat m ...

Ai kene last Friday. Nasib baik sempat naik flight.

Issue is pengurusan. In my case passengers were taken off at pasar seni.

Make the bloody arrangements for buses to ferry passengers to kl sentral la TOLOL .


Dasar bodoh takblehbdi ajar
Quote fadlily 29-3-2015 08:36 PM
seriously korang yang stuck sampai involve time, money and pride leh saman prasarana ni. kat singapore ada je yang buat. kasi sue saja
Quote fadlily 29-3-2015 08:46 PM
Bombardier bukan calang2 punya company . canadian punya company nih dah involve dalam rail transportation since 1974 lagi. so basic technical problem macam kegagalan brek ni bukan satu yang boleh diterima.. how do prasarana engineer tackle this problem yerkk.you did not communicate betul2 each other with principal ke.. kamon la.. ke semua pi letak semua kesalahan pada bombardier tu.
Quote saladin780 29-3-2015 08:55 PM
dino replied at 29-3-2015 01:35 PM
seingat aku staff ktm dah la pemalas... sombong plak tu.... bisu

Ktm staff mmg juara bisu..tp klu bersembang gelak ketawa sesama dorang dlm bilik dorg tu kemain lg
Quote anees~nuhara 30-3-2015 04:10 PM
damai ampang park tu laluan aku...hukss T_T
Quote kecimpret 30-3-2015 04:14 PM
singapore pun pakai bombardier..selalu gak problem

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.414013 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top